CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Ditegur Isteri Kerana Bising, Lelaki Bakar Rumah

11-5-2020 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2428| Komen: 12

Lelaki mabuk membakar rumah sendiri selepas bertengkar dengan isterinya.

Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di Taman Hijau, Sitiawan, malam tadi.

Polis yang menerima panggilan mengenai kejadian daripada orang awam sekitar jam 11.45 malam bergegas ke lokasi dan mendapati rumah pasangan berkenaan sedang terbakar.



Kredit foto: Harian Metro

Manurut isteri suspek, suaminya pulang dalam keadaan mabuk dan mengganggu jiran yang sedang tidur dengan membuat bising.

Berang ditegur kerana membuat bising, lelaki terbabit memarahi isterinya sebelum membakar rumah mereka itu.

"Sebelum membakar rumahnya, lelaki itu melanggar pintu pagar, motosikal dan tiang bumbung rumah jirannya dengan menggunakan pacuan empat roda miliknya," kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.

Bagaimanapun, suspek dilaporkan melarikan diri melalui pintu belakang rumahnya ketika api marak.


"Rumah pasangan yang masing-masing berusia 40-an itu terbakar 50 peratus dan kebakaran berjaya dipadamkan pasukan bomba.

"Kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

"Pemeriksaan lanjut polis turut menemui pistol tiruan berkarat dan sedikit terbakar dalam bilik di rumah berkenaan," katanya.

Tambahnya, suspek yang memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah kini dalam buruan polis.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM18,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • mamapip


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lengkong 11-5-2020 01:25 PM
Takutnya ada jiran macam ni

Quote Melur1 11-5-2020 01:57 PM
Lain macam baran jantan ni.
Quote Tinot7 11-5-2020 02:02 PM
Kesian, jiran pun menjadi mangsa.

"Sebelum membakar rumahnya, lelaki itu melanggar pintu pagar, motosikal dan tiang bumbung rumah jirannya dengan menggunakan pacuan empat roda miliknya,"kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.
Quote ctcheery 11-5-2020 02:16 PM
Lagi kes mabuk
Quote Supersirap 11-5-2020 02:17 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote nefnefnef 11-5-2020 02:19 PM
Pepatah dulu : Marahkan nyamuk dibakar kelambu
Pepatah pacik ni : Marahkan isteri bakar je rumah terus {:yameteh
Quote batu kikir 11-5-2020 02:19 PM
Si Jantan Bodoh tu nak dudok mana lepas ni?
Bawah jambatan?
Atau mohon simpati orang ramai sebab dah tak de rumah.
Aku kalau tahu jantan bodoh tu............aku halau je ...... siap cakap "Lu banyak bolo punya olang......mampoih lagi baik la"
Kalau bini dia aku tolong juga la.
Quote salmon-suki 11-5-2020 04:58 PM
Asal xnak bakar diri sndiri jah jantan x guna?
Quote aliazulaikha 13-5-2020 08:07 AM
Orang lain sampai tinggal dalam Pondok Sebab takde rumah. Dia yg ada rumah suka2 pi bakar
Quote Pink_Purple 13-5-2020 09:49 AM
kaya benar kah dia, marah je bakar rumah..bakar rumah macam bakar sampah..
Quote Artemesiaa 13-5-2020 10:59 AM
Orang tengah mabuk tak boleh bawa kira macam2 benda yang membahayakan berani dia lakukan
Quote annawleeya 13-5-2020 09:14 PM
Ganasnyee..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.033920 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top