|
Seorang penuntut universiti di Hangzhou, China nekad melarikan diri daripada kena 'lockdown' di kampusnya. Menurut laporan Shanghaiist, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Hangzhou Normal University menunjukkan seorang penuntut lelaki sedang berenang menyeberang anak sungai untuk keluar dari kampusnya.
Difahamkan, sebaik kampus dibuka pasca wabak Covid-19, pihak universiti berkenaan mewajibkan pelajarnya kekal di kampus dan mereka perlu mengisi borang permohonan jika mahu keluar. Bagaimanapun, penuntut lelaki terbabit dikatakan enggan melakukan kerja remeh itu, lalu mencari alternatif lain semata-mata untuk memenuhi keinginannya makan makanan periuk panas (hotpot).
Pihak universiti kemudian menularkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu di Weibo dan memaklumkan penuntut terbabit sudah ditegur atas tindakannya itu sebaik pulang ke kampus. - CARI
|
Patut la pelik dah kenapa sampai nak kena berenang pulak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043005 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.