Jika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang ramai sering membeli-belah secara dalam talian, apatah lagi dalam musim begini terutama menjelang Aidilfitri. Jika ditinjau ruangan media sosial, ramai juga warga maya berkeluh kesah mendakwa barangan mereka tidak kunjung tiba walaupun sudah lama melepasi tarikh sepatutnya ia dihantar pihak kurier.
Siapa yang bersalah, pengurusan khidmat kurier atau platform membeli-belah dalam talian? Dalam satu ciapan di Twitter, ada beberapa pengguna menyarankan agar orang ramai berhenti seketika daripada membeli-belah bagi memberi ruang untuk pihak kurier bernafas. Bagi peluang mereka clear stok yang menimbun dulu, katanya. Bagaimanapun, ciapan itu mengundang pelbagai respons warganet. Kebanyakannya tidak bersetuju selain menegaskan bahawa lebih banyak pembelian dilakukan, lebih banyak penghantaran diperlukan, sekali gus keuntungan diperoleh pihak kurier juga akan berlipat ganda. Menerusi ruangan komen, seorang pengguna mendakwa bekerja dengan syarikat kurier J&T Express berkata, pihak atasan sudah menambah pekerja sambilan, namun mereka tetap tidak menang tangan menguruskan kiriman yang menimbun. Jadi, salah siapa? - CARI
|
nazzse: Jnt mcm hanat kali ni. Courier lain ok je sampai jgk barang even lambat, ada yg 2 3 hari dah sampai. Dah tahu barang banyak stop la service kat shopee ...
Kurex replied at 16-5-2020 01:21 PM
Kita tanya @Sarah82.. apa maksud ni? Dia selalu beli barang tok dia dekat shopee, mesti dia tau..
ADVERTISEMENT