Desakan dan tekanan hidup membuatkan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup termasuk memudaratkan orang lain. Seperti dilaporkan Harian Metro, wanita berusia 56 tahun trauma selepas menyaksikan sendiri suami dan anak lelakinya ditetak berkali-kali oleh sekumpulan penyamun, malam kelmarin di kediamannya di Kampung Air Tawar, Tok Bali.
Menurut Che Minah Che Muda, sebelum kejadian sekitar jam 10 malam, dia sedang memasak sup ayam, manakala suaminya, Syed Akhbar Mukaddim Shah, 32, menyiram tanaman di belakang rumah.
"Saya baru siap hidang makanan dan suami nak basuh tangan, tiba-tiba tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pedang samurai masuk melalui pintu dapur dan terus menetak kepala suami berkali-kali. "Saya terus menjerit meminta tolong, tetapi dua lagi lelaki dengan seorang daripadanya mencekik leher saya, manakala seorang lagi mencabut barangan kemas yang ada pada jari dan tangan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Dalam kejadian itu, dua utas gelang tangan emas dan sebentuk cincin yang dianggarkan berharga lebih RM70,000 berjaya dilarikan suspek. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cherang Ruku, semalam. Kata Mohd Azmir, pihaknya kini sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - CARI
|
zehra2 replied at 18-5-2020 09:59 AM
Hutang ke?
Bini 56.. laki 32.. harus siasat suamimu jua..
cupu replied at 18-5-2020 10:08 AM
Hutang apanya...makcik ni tokey dkt pasar.mmg selalu melaram dgn gelang besar..sampai siku gelangn ...
syamzana replied at 18-5-2020 10:52 AM
huhu...smpai siku nah. mest lama dah perhati ni dah makcik pun jenis suke melaram
syamzana replied at 18-5-2020 10:52 AM
huhu...smpai siku nah. mest lama dah perhati ni dah makcik pun jenis suke melaram
cupu replied at 18-5-2020 11:03 AM
Baca komen dlt page kelantan mmg dh banyak kali kena samun. Kali ni je sampai bertetak.
ADVERTISEMENT