Gara-gara 'hilang' 30 minit, Isa Khan menyangkakan tunangnya, Risteena Munim telah diculik. Parah juga 'penyakit panik' Isa ni! Perkara itu dikongsikan aktres berusia 31 tahun itu di Instagramnya.
"Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut atau sesuatu yang buruk telah berlaku," tulisnya bersama video paparan skrin perbualan WhatsApp menunjukkan Isa yang begitu cemas dengan keadaannya. Menurut Risteena, ketika itu dia baru pulang dari rumah aktor berkenaan dan kebiasaannya sepanjang perjalanan mereka akan bersembang menerusi telefon. "Tapi, semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. "Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu," katanya. Risteena juga menyatakan rasa terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan heronya itu. "Saya rasa selamat sejak awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak tak ada," luahnya.
|
ADVERTISEMENT