"Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya." Pelakon Risteena Munim terkilan setiap perkongsian di media sosial miliknya dikecam warganet.
Lantaran itu, Risteena menegaskan bahawa dia dan semua warga maya berhak berkongsi apa sahaja di media sosial. "Yang saya tak faham, orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burukkan orang lain, kacau laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikecam. "Tapi, saya buat hal sendiri pun orang kecam, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri. "Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah, bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri.
"Kenapa saya ada benda tertentu sahaja boleh dikongsikan. Itu sekadar perkongsian untuk saya ingati momen tu dalam hidup saya, tidak ada langsung kena mengena dengan sesiapa pun," katanya kepada GEMPAK. Dalam masa sama, Risteena tidak menyangka segelintir haters sanggup mendoakan yang buruk-buruk mengenainya sedangkan tidak pernah mengenali mereka. Risteena berkata demikian ketika mengulas mengenai sikap ambil berat tunangnya, Isa Khan yang risau dia diculik selepas menghilang 30 minit.
|
Kurex replied at 21-5-2020 02:06 PM
Fakiyu!!!!!!!!!!!!!
ADVERTISEMENT