Mayat lelaki ditemui terapung di sebuah lombong selepas melanggar dan menetak abang kandung serta kakak iparnya. Memetik Harian Metro, mangsa berusia 65 tahun dan isteri, 56, cedera di kaki serta tangan selepas ditetak suspek dengan parang dipercayai akibat perebutan harta pusaka, semalam.
Sebelum itu, suspek dilaporkan melanggar motosikal ditunggang pasangan terbabit di hadapan kuil di Kampung Chuang Rasa, Rasa, pada 7.56 pagi. Suspek yang kemudian melarikan diri ditemui terapung berhampiran keretanya di sebuah lombong di Antara Gapi, Hulu Selangor. "Suspek yang menaiki Proton Iswara kemudian menetak suami isteri itu sebelum melarikan diri. Seorang lelaki yang melihat kejadian menghampiri mangsa yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah. "Saksi lain terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila keluar rumah mendapati suami isteri terbaring tepi jalan.
"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin. Hasil siasatan menemui sebilah parang dipercayai milik suspek di tepi jalan simpang tiga Pekan Rasa berdekatan perhentian bas. Tambah Arsad, orang awam yang menemui kereta dipercayai milik suspek di lombong Antara Gapi membuat laporan polis pada 1.10 tengah hari. "Kereta itu dijumpai terjunam di tebing lombong dan pintu bahagian pemandu dalam keadaan terbuka. Mayat turut ditemui dalam keadaan terapung berhampiran kereta itu. "Polis meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat dan hasil pemeriksaan pada fizikal tiada kecederaan serta unsur jenayah. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat," katanya. Kematian suspek diklasifikasi sebagai mati mengejut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - CARI
|
yuki812 replied at 22-5-2020 09:02 AM
setakat kaya harta mak bapak..apa nak dibanggakan..
cari lah harta sendiri..lagi bermakna..
kadang ...
ADVERTISEMENT