Budak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jeli. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di kediaman mangsa di Kampung Batu Manikar, Labuan, jam 9 malam, kelmarin.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan sebelum kejadian dilaporkan kepada polis. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas mangsa meminta gula-gula jeli pada ibunya. Menurut ibunya, mangsa tercekik ketika makan gula-gula berkenaan sebelum wanita itu cuba mengeluarkannya daripada kerongkong kanak-kanak terbabit. Wanita itu kemudian memutuskan untuk membawa mangsa ke hospital selepas usahanya mengeluarkan gula-gula berkenaan gagal. "Setiba di Wad Kecemasan Hospital Labuan, pemeriksaan lanjut terhadap mangsa dijalankan dan didapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia.
"Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat selepas analis 'sample spacemant' mangsa diperoleh sama ada positif COVID-19 atau pun tidak," kata Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad. Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. - CARI
|
Tinot7: Takziah kpd keluarga..Gula2 jeli ni camne rupa dia?
Mina2215 replied at 22-5-2020 10:32 AM
Gula2 agar2 yang colourful tu.
ada jugak kes budak atau orang tua choking disebabkan kuih-kuih ...
any42 replied at 22-5-2020 11:28 AM
sedihnya. takziah.
bdk2 mcm tu lah mkn gula2 biasanya smbil mlompat la blari la. mcm i slalu tpksa ...
mejaputih replied at 22-5-2020 11:03 AM
Ios dulu kat asrama penah tercekik kuih onde2..tu la cash to ios sbb confident ngap sebijik yg bes ...
ADVERTISEMENT