Apa cerita ni pelakon dan pengacara, Zulin Aziz teruk dikecam kerana kurma? Disebabkan sikap segelintir masyarakat yang hanya membaca tajuk tanpa menghadam isi kandungan, Zulin dituduh hanya mengambil kurma sebagai sajian berbuka puasa. Semuanya gara-gara tubuh Zulin yang kelihatan sangat susut berbanding sebelum ini. Enggan membiar diri terus dituduh menggalakkan orang ramai mengamalkan diet dengan hanya memakan kurma, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda binti Abdul Aziz tampil menjelaskan perkara sebenar di Twitter.
Dalam satu video dimuat naiknya, Zulin menunjukkan hidangan berbuka puasa termasuk makanan untuk dibuat ulasan atau review. "Setiap kali berbuka, saya akan bagitahu menu berbuka saya di IG Story termasuk untuk buat review. Jadi, tak mungkin saya hanya berbuka dengan kurma," jelasnya yang memaklumkan tidak makan nasi sahaja. Dalam masa sama, Zulin menjelaskan keadaan fizikalnya yang kelihatan seolah-olah susut mendadak adalah disebabkan mengalami penyakit Gerd. Beza betul Zulin setahun yang lepas ya. Semoga tak ada yang keliru lagi lepas dengar penjelasan Zulin ini. - CARI
|
Tinot7 replied at 22-5-2020 12:58 PM
Larat ke dgn sahur 2 biji kurma? Kalau iols buat cenggini, iols dah lama pengsan kat tmpt keje.
Tinot7 replied at 22-5-2020 12:58 PM
Larat ke dgn sahur 2 biji kurma? Kalau iols buat cenggini, iols dah lama pengsan kat tmpt keje.
ADVERTISEMENT