Dituduh meniru penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, pelakon yang kini berjinak-jinak dalam pentas nyanyian, Daiyan Trisya didakwa terlalu mencuba untuk menjadi seperti penyanyi antarabangsa itu. Lebih dahsyat, warganet turut melabel Daiyan sebagai penyanyi bersuara angsa, lalu menyerunya supaya berhenti menyanyi. Maka, ramai juga yang menyatakan hal sama iaitu Daiyan sentiasa 'perasan' mahu menjadi seperti penyanyi lain. Selain itu, ada juga yang menyamakan Daiyan seperti Nabila Razali. Oleh itu, ada yang melabelkan seorang bersuara angsa, seorang lagi bersuara itik. Bagaimanapun, ianya dibahaskan oleh sekelompok warganet lain yang menyatakan klip video itu sudah dipotong semata-mata untuk menunjukkan sisi negatif Daiyan. Betul ke? Perbahasan berterusan, malah mereka mengungkit hingga ke zaman universiti pula. Habis cerita mengenai Daiyan yang sanggup berbuat apa sahaja dibongkar. |
nuhanis replied at 23-5-2020 09:35 PM
Tak sangka dia ni ada jerawat pakej lubang2 kat pipi. Selama ni ingat flawless xde masalah jerawat. ...
minah_selekeh replied at 23-5-2020 10:42 PM
Yeke?? Gambar dia make-up memanjang.. Tak penah tengok muka tanpa make-up..
ADVERTISEMENT