"Tolonglah, sudah cukup kami menjadi saksi segala aniaya yang dilakukan si pemabuk tak sedar diri ini." Selain krisis pendemik COvid-19, negara kita kini kecoh dengan kes arak dan pemandu mabuk.
Seorang doktor menerusi hantaran Facebook bersetuju individu cedera dalam apa jua kemalangan disebabkan mabuk wajar dikenakan tindakan berat dan dihukum selayaknya serta ditarik subsidi perubatan. Pakar bius dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurilyani Bujang berkongsi pengalamannya berdepan bekas pesakit yang mengugut akan 'menghantar peguam' jika aduannya tidak dilayan. Individu terbabit mendakwa kononnya berlaku kecuaian daripada pihak hospital sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal. Menurut Nurilyani, situasi itu umpama melepaskan anjing yang tersepit. "Si pengadu ialah pemandu mabuk yang melanggar sebuah kereta sehingga ada ahli keluarga tidak bersalah itu mati. "Dia tenat dan dibawa ke hospital. Berbulan dia duduk di hospital sehingga akhirnya boleh bergerak menggunakan kerusi roda. "Setelah pulang ke rumah (dengan bil yang telah diberi subsidi), beliau menghantar pula ugutan kepada kami," luahnya terkilan. Kaki mabuk memang tak sedar diri! - CARI
|
pokaibanktokyo replied at 29-5-2020 03:40 PM
Peguam manalah nak layan spesies pprt sengkek yang berdepan dakwaan menyebabkan kematian
Xim replied at 29-5-2020 10:15 AM
Byk je kes org mabuk langgar org x bersalah sampai mati ujung2 denda je....contoh paling ketara yg ...
miemiecha replied at 28-5-2020 04:34 PM
yg perlu dalam kes pemabuk langgar mati orang adalah
- arak
-kereta
NBM replied at 18-8-2020 08:56 PM
dia bkn against bdk2 tahfiz tp dia against so called ustaz2 yg meliwat & ambil kesempatan.
ADVERTISEMENT