Comelnya Mohamad Ayden Adrean berbaju Melayu bergambar dengan ibunya, Bella Astillah. Rupa-rupanya, selama ini ramai menyangkakan Ayden anak perempuan Bella dan Aliff Aziz. Muka jambu habis, mesti kacak besar nanti kan? Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah busana besar yang dikenakan Bella hingga ada yang menuduh dia sengaja menggayakannya kerana malu perut semakin membesar. Terkilan dengan dakwaan itu, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah ini menjelaskan bahawa dia sengaja memilih baju raya yang besar untuk keselesaan. "Saya rasa semua tahu saya sedang hamil. Wajib ke tunjuk perut dengan baju ketat?" jelasnya. Selain itu, Bella juga memilih untuk memuat naik gambar dengan pakaian sopan sempena menghormati bulan Ramadan. Menurut laporan mStar sebelum ini, Bella mengesahkan dia sudah rujuk semula dengan Aliff dan kini sedang menunggu kehadiran cahaya mata perempuan pada Julai depan. - CARI
|
ADVERTISEMENT