Pelakon kontroversi Muhammad Shah Radhi Hazvee didakwa memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan, lapor Berita Harian. Shah, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memikat isteri orang berusia 36 tahun dan mengajak wanita itu melakukan persetubuhan dengannya. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Farah membenarkan Shah diikat jamin sebanyak RM2300 dengan seorang penjamin dan menurut laporan, dia dijamin oleh kakaknya. Sebelum ini, peguam Harcharanjit Singh memohon anak guamnya dijikat jamin sebanyak RM2,000 selepas Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada pelakon itu. Harcharanjit memohon wang jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan dengan alasan anak guamnya seorang artis dan tiada sebab untuk melarikan diri. - CARI |
immaryjane replied at 27-5-2020 01:24 PM
Kaka kurita bab juicy gossip mmg no 1
jiwakacau06 replied at 27-5-2020 05:32 AM
jgn jd kes mcm along spoon dulu sudah la.. bini org jgk
ADVERTISEMENT