Seorang wanita dibakar bapanya kerana murtad dan memeluk agama Kristian. Daily Mail melaporkan, Rahema Kyomuhendo, 24, kini dirawat di Hospital Rujukan Mbale, Uganda dan dijangka akan mengambil masa sebulan untuk pulih.
Menurut laporan Morning Star News, pada 4 Mei lalu, bapa mangsa, Sheikh Hussein Byaruhanga Husain menyimbah bahan bakar dalam tong jerrycan ke tubuh wanita itu sebelum menyalakan api. Kejadian itu menyebabkan Rahema mengalami luka bakar yang teruk pada kedua-dua kaki, perut, rusuk, leher dan sebahagian belakang tubuhnya. Difahamkan, Hussein yang juga seorang guru tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu, lalu mengambil tindakan drastik dengan membakar mangsa. Menurut laporan, Rahema menghubungi rakan bapanya beragama Roman Katolik jam 10 malam sebelum keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
Dia berbuat demikian selepas mendengar sebuah stesen radio Kristian ketika berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Nawuyo, daerah Mbale. Suspek yang terjaga dari tidur kerana terdengar keterujaan anaknya menukar agama bergegas ke bilik mangsa dan membelasah wanita itu sebelum membakar mangsa. Rahema dibawa ke hospital oleh ibu saudaranya dan jiran di kawasan berkenaan. Difahamkan, Rahema mengikut bapanya ke daerah Mbarara atas urusan perniagaan dan terperangkap di situ berikutan wabak Covid-19. Mereka kemudian merancang untuk menumpang di rumah ibu saudaranya sehingga larangan perjalanan ditarik balik. - CARI
|
hiswife replied at 29-5-2020 09:19 AM
Kot ye pun tak perlu sampai nak bakar anak
Beribear replied at 29-5-2020 07:50 AM
Cuma nak komen, sakit yg paling sakit sekali adalah sbb kebakaran. Ke dua perempuan yg melahirkan an ...
gigahertz replied at 29-5-2020 08:24 PM
I Suspek budak tu murtad sebab sama ada di sogok sesuatu ( wang atau cinta ) atau kongkongan ibu b ...
Tinot7 replied at 29-5-2020 02:05 PM
Adakah ini bermakna, kalau pompan dpt kebebasan, depa takkan murtad? Atopon istilah bebas itu subj ...
Kurex replied at 29-5-2020 04:33 PM
Benang kegemaran porumer acah urban muka berkerak..
Korang tengok je kejap lagi muka2 berkerak tu b ...
gigahertz replied at 29-5-2020 11:48 PM
Biasanya muslim yang hidup bebas ni kapir tak akan kacau. x suruh tukar agama. yang bertukar agama ...
Tinot7 replied at 29-5-2020 07:57 AM
Tapi kalau dr keluarga yg kuat agama, apa yg goyah sgt sampai sanggup murtad?
Dwdrum replied at 30-5-2020 12:03 AM
Sis lupa kah kisah aizam ?
Tinot7 replied at 29-5-2020 08:06 AM
Tak ingat la.. remind me plis. Tengkiu
ADVERTISEMENT