Seorang sami mendakwa diarah Tuhan untuk mengorbankan nyawa manusia bagi mengakhiri pandemik Covid-19. Menurut laporan Gulf News seperti dipetik Harian Metro, Sansari Ojha,70, ditahan polis selepas memenggal kepala lelaki berusia 52 tahun pada malam Rabu lalu.
Dalam kejadian di sebuah kuil di tenggara India, sami berkenaan mendakwa 'pengorbanan' itu dilakukan sebagai upacara 'menenangkan' Tuhan, sekali gus mengakhiri pandemik Covid-19. "Dia mendakwa melihat Tuhan dalam mimpinya dan disuruh melaksana upacara korban. Disebabkan itu, dia memenggal kepala mangsa," kata Pegawai Polis Bahagian Athagarh, Alok Ranjan Ray. Tambahnya, sebelum kejadian, suspek dan mangsa, Saroj Pradhan menghisap ganja bersama-sama. Sebaik melakukan jenayah itu, Sansari pergi ke balai polis untuk menyerah diri. - CARI
|
Orix: Inspired by Nabi Ibrahim ke {:thief
matchstick replied at 29-5-2020 05:19 PM
Bodo mu ni..nabi Ibrahim penggal berhala la setann
Orix replied at 29-5-2020 06:46 PM
Siapa yg buat lawak
ADVERTISEMENT