"Akak tak kaya, tapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua." Noorkhiriah menerusi hantaran terkini di Instagram berkongsi bahawa dia dengan rela hati melepaskan kenderaan kesayangannya untuk diwakafkan sebagai van jenazah.
Katanya, dia mahu menjadikan sumbangan kecil itu sebagai bekalan akhirat. "Alhamdulillah, lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kereta (MPV Hyundai) belakang ni sebagai van jenazah," tulisnya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan. Dalam masa sama, Noorkhiriah juga mengharapkan doa orang ramai agar dia terus istiqamah melakukan amal kebajikan. "Jangan kira dosa pahala orang lain. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri," ujarnya. Dalam hantaran terbarunya, Noorkhiriah juga menyeru orang ramai untuk berhijrah ke arah kebaikan tanpa merendah-rendahkan sesiapa. "Kebaikan bukan bermakna dah baik. Tapi, jangan dipandang siapa yang menyampaikan, sebaliknya dengar apa yang disampaikan," katanya. - CARI
|
KIM.K: Haritu kat live ig azhan rani ternampak beliau baca skrip tak bertudung. Letdown sikit laSuka imej heshe yg gambar tengah tu moderate. Imej iols gitu ...
ADVERTISEMENT