Kalau kebanyakan orang menyambut ulang tahun dengan meriah, berbeza dengan remaja ini yang memilih untuk menyambutnya dengan melakukan kerja amal mengutip sampah. Hazmi Nabil Mahmad Faisal yang menyambut kelahiran ke-18 pada 23 Mei lalu berazam akan mengutip sampah selama 23 hari di tiga lokasi bermula di Bangi, Kajang dan akan datang di Balakong sehingga 15 Jun. Berkata kepada Sinar Harian, pelbagai jenis sampah ditemuinya termasuk almari dan telefon di tepi jalan. "Saya memang pantang melihat sampah dibuang merata-rata, sakit mata lihat sampah sana sini. Jadi tahun ini, saya sambut hari lahir dengan cara berbeza, menyumbang tenaga memelihara alam semula jadi selain menabur bakti kepada negara," katanya. Katanya, dia berasa sangat puas melihat kawasan yang dikunjungi menjadi bersih dan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk mengutip sampah di kawasan mereka. Hazmi sebelum ini mendapat perhatian selepas berkongsi aktiviti mengutip sampah itu di Twitter. - CARI
|
adm7 replied at 30-5-2020 07:15 PM
Terbaik
Moga jadi ikutan org2 yg gila likes
sekngucing replied at 30-5-2020 08:35 PM
perangai di sebiji mcm aku.. hahaha
tak boleh tgok sepah.. tak boleh tgok kotor.. rasa na kutip ...
sekngucing replied at 30-5-2020 08:35 PM
perangai di sebiji mcm aku.. hahaha
tak boleh tgok sepah.. tak boleh tgok kotor.. rasa na kutip ...
Kurex replied at 30-5-2020 09:06 PM
Budak sekarang suka main twitter kan? Ingat dilu masa twitter baru keluar, takde punorang pandang tw ...
loladaily replied at 30-5-2020 09:36 PM
Meols virgo. Meols ingat meols je mcm tuu...ada la sikit persamaan meols tak suka benda semak samu ...
ADVERTISEMENT