Semakin menjadi-jadi kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini. Terbaru, seorang pekerja kontrak dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol.
BERNAMA melaporkan, sebelum kejadian sekitar 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili Mohamed, 44, sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara. Kejadian meragut nyawa mangsa di tempat kejadian akibat parah di kepala. "Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. "Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam," kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Bukit Antarabangsa, Ampang selepas menghantar makanan dijual isterinya. Sementara itu, ujian saringan mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan pemandu yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - CARI
|
whitemagic replied at 1-6-2020 07:59 AM
Lagi kes nahas maut akibat pemandu mabuk
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dal ...
totokreturn. replied at 1-6-2020 07:59 AM
Tak habis habis lagi ka bangsa ni mabuk?
grose.. replied at 1-6-2020 08:11 AM
Kematian pengguna jlnraya yg lain disebabkan pemandu yg hilang kawalan dek mabuk dgn yg speeding( ...
ADVERTISEMENT