CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Politik Usap Bahu Cabul Menantu

21-10-2013 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15437| Komen: 104

Gambar hiasan


Tampin: Seorang pemimpin politik di daerah ini ditahan polis 7 Oktober lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan (FELDA) Jelai, Gemas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa berusia 23 tahun baru berkahwin dengan anak suspek tahun lalu dan tinggal serumah bersama suspek berusia 50-an di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya ketika kejadian 22 September lalu, mangsa yang berehat di ruang tamu rumah dihampiri suspek jam 8 pagi yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri dan bahu mangsa, kononnya untuk melihat kesan lebam akibat wanita itu terjatuh sehari sebelumnya.

“Mangsa yang terkejut bangun dan menuju ke dapur, tetapi dia diekori suspek. Lelaki itu kemudian bertindak lebih berani memeluk mangsa dari belakang dan mencium lehernya beberapa kali.

“Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu menceritakan kejadian kepada suami dan mereka berbincang bagi mencari penyelesaian. “Bagaimanapun, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya, mangsa nekad menghubungi adiknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, petang semalam.

Wooi berkata, adik mangsa kemudian datang mengambil mangsa di FELDA berkenaan 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu berhubung kes cabul itu.

Beliau berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu dan direman selama empat hari.

“Suspek sudah dibebaskan pada 10 Oktober lalu dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan. Polis kini menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya jika sabit kesalahan.

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solstice 20-10-2013 04:20 AM
Bongok punya suami
Dia boleh wat dekkk je
Jantan dayus
Elok potong sosej bagi makan anjing je
Quote mak_wa95 20-10-2013 05:43 AM
jantan dayus...jantan dayus...jantan dayus....ini baru betul2 dayus....
Quote d-7-0ne 20-10-2013 06:31 AM
apakah si mangsa pada ketika itu berpakaian seksi atau brkmban shingga pemangsa trangsang?

apapun, yg salah ttap salah dan layak menerima hukuman atas kesalahan yg dilakukan.
Quote ejans 20-10-2013 06:32 AM
Ini contoh suami dayus yg x tau protect bini... kalai aku.. sorry to say lah somi dayus, buhbye je lerr... x sanggop lg aku nak menghadap pak mentua mcm tuh
Quote Modngengade 20-10-2013 06:46 AM
solstice posted on 20-10-2013 04:20 AM
Bongok punya suami
Dia boleh wat dekkk je
Jantan dayus

Ditelan mati bapak...diluah mati bini uoulsssss...
Quote kambeng_masam 20-10-2013 07:21 AM
memalukan ummah felda! inilah saja level pemimpin politik parti itu.
Quote ringcat 20-10-2013 07:37 AM
lelaki ni makin tu makin menggatal!
Quote dilaOHdila 20-10-2013 07:39 AM
heran ye naper laki diam bila isteri mengadu perihal tingkah laku bapaknya tu
Quote Al-Patih 20-10-2013 07:54 AM
agoknyo ...hantu raya menjelma ..macang tuan nya kot ...atau perangai hantu raya Tuannya ..menjelma ...
Quote mak_wa95 20-10-2013 07:59 AM
dilaOHdila posted on 20-10-2013 07:39 AM
heran ye naper laki diam bila isteri mengadu perihal tingkah laku bapaknya tu

serba salah la tu....kalau repot malu la..satu felda tahu....pe2 pun tu bapa dia..ada pertalian darah...isteri boleh cari lain...bijak isteri dia...pas ni tak hadapdah muka pak mertua....
Quote md.jie 20-10-2013 08:01 AM
si bapak kata dolu hg duk usap bini aku (mak suami mngsa) ta pa... aku nak usap bini hg xbg, mana adil...
Quote dilaOHdila 20-10-2013 08:12 AM
dilaOHdila posted on 20-10-2013 07:39 AM
heran ye naper laki diam bila isteri mengadu perihal tingkah laku bapaknya tu

pak mentua dak ni mesti muda lagi gamaknya
Quote roy3 20-10-2013 08:32 AM
suke ngan komen tt
Quote Simunggu 20-10-2013 12:10 PM
ini mesti ahli politik Pas atau DAP....big spender katakan.....hehehe
Quote kecimpret 20-10-2013 12:15 PM
kalo Felda ulu2 ni dah tau dahhh dari puak mana
Quote Acong 20-10-2013 02:09 PM
mak_wa95 posted on 20-10-2013 05:43 AM
jantan dayus...jantan dayus...jantan dayus....ini baru betul2 dayus....

spesis matyo?
Quote mak_wa95 20-10-2013 03:58 PM
Acong posted on 20-10-2013 02:09 PM
spesis matyo?

hebat pengaruh matyo...........
Quote sueism 20-10-2013 04:16 PM
Dah felda, Keja tau nak mating aje tak Kira lah bini atau menantu janji dapat nutuh
Quote Acong 20-10-2013 04:22 PM
mak_wa95 posted on 20-10-2013 03:58 PM
hebat pengaruh matyo...........

hidup matyo......!!!

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.074363 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top