Setelah menerima kecaman bertalu-talu daripada peminat Indonesia mengenai siri animasi popular Upin & Ipin serta karekter Fizi yang didakwa biadab, akhirnya pihak produksi membuat segmen khas Fizi meminta maaf kepada pasangan kembar tersebut.
Kontroversi bermula dalam episod Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia apabila terlontar dialog Fizi iaitu "tiada syurga" ke atas Upin dan Ipin kerana tidak mempunyai ibu. Ianya membuatkan ramai warganet marah dan menjadi hangat antara peminat di Indonesia dan Malaysia.
Sepantas kilat, komen 'Fizi is cancelled' menjadi tular di laman sosial
terutama Twitter.
Bagaimanapun, setelah permohonan maaf dibuat, semuanya menerima dengan dada yang lapang. Malah, karektor Fizi sebenarnya wujud di dunia realiti. Menurut penerbit Les'Copaque Production, Khairul Aimran Ibrahim (Kim) berkata, mereka akui ianya adalah ketelanjuran kata-kata daripada Fizi. Jadi, sesuai
dengan bulan Syawal yang menganjurkan umat Islam bermaaf-maafan,
pihaknya berharap kesilapan Fizi dapat diampunkan. "Peminat siri Upin & Ipin tahu karakter Fizi adalah ceria dan suka mengenakan kawan-kawan. Seperti
Fizi selalu menyakat Ehsan dengan gelaran 'intan payung'. Ia sekadar
panggilan manja Ehsan dan sering dijadikan modal untuk mengusik. Itu belum lagi melihat gelagat Fizi berpuasa separuh hari dan mengaku di depan cikgu dengan selamba," Walaupun berlaku perbalahan antara peminat Indonesia yang mahu Fizi meminta maaf sementara peminat Malaysia pula menyatakan Indonesia terlalu serius, namun dengan video memohon maaf ia diharapkan mampu menjernihkan semua keadaan. Jadi, kita kan sahabat, kata Upin dan Ipin. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|