CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bukan Dibuang Keluarga Tapi Kes Dadah, Usah Percaya Cerita Gelandangan

4-6-2020 08:26 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10715| Komen: 44|Original author: Oleh: Cari-Azza




Minggu lepas kecoh mengenai seorang lelaki mualaf yang ditemui bergelandangan kerana dibuang keluarga. Hantaran yang ditulis oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai pihak serta portal media yang menceritakan kembali kisah sedih tersebut. 

Malah difahamkan, diwujudkan juga tabung untuk membantu lelaki berusia tersebut.

Bagaimanapun, setelah dibuat pemeriksaan oleh pihak berwajib, ternyata cerita itu sebenarnya telah direka lelaki tersebut. Hakikatnya, dia bukan dibuang keluarga tetapi lari dari rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Lebih teruk, pakcik tersebut sebenarnya mempunyai rekod kes dadah.


Kredit foto : Twitter

Menurut pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Faisal Rahim, isu dadah itu bukan biasa-biasa kerana banyak kali tangkapan ke atas pakcik tersebut dibuat, malah membabitkan kes Seksyen 39A. 

Atas nasihat Polis, dia diserah ke Bahagian Narkotik, Sungai Buloh. Jadi, Faisal menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu percaya dengan cerita orang tepi jalan.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Twitter

Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna pihak berwajib melarang badan bukan kerajaan (NGO), mahupun orang persendirian yang ingin membantu golongan seperti ini, malah ianya dialu-alukan. 

Tetapi, adalah lebih baik dapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum bertindak sendirian yang hanya akan memburukkan imej jabatan tertentu.

"Pengalaman kerja zakat ni, hampir semua kes ada cerita disebaliknya (dadah, jenayah, lari dari polis dan sebagainya.Jadi jangan terus kutip duit bantuan dari orang ramai jika jumpa kes sebegini."


Kredit foto : Twitter

Langkah seterusnya adalah jika kes tersebut berada di kampung atau taman perumahan, adalah sebaiknya bertanyakan dulu orang sekeliling mengenai status gelandangan tersebut. Ini kerana orang terdekat inilah yang lebih mengenali kejiranan mereka berbanding kita yang baru sekali terjumpa kes sebegini.


Kredit foto : Twitter

Faisal juga turut mengemaskini bahawa sumbangan yang telah dikumpul oleh wanita itu telah diagihkan sebaiknya. Malah, pakcik tersebut turut dihantar ke Rumah Transit Anjung Budi, Kuala Lumpur beserta bantuan kewangan.


Kredit foto : Twitter

Memandangkan kes 'gelandangan' seperti ini banyak berlaku kerana orang ramai mudah percaya dengan cerita mereka. Sebenarnya, ia boleh dielakkan jika kita sama-sama mencari maklumat terlebih dahulu sebelum menyiarkan di media sosial. 

Jadi, sama-sama ambil tanggungjawab untuk menyebarkan perkara yang betul kepada orang awam. Yang penting, semak dulu sebelum sebar ya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-6-2020 08:40 AM
sorry OT,  singlet yang uncle tu pakai pun Bintang Pilsener Bali. Kau rasa?
Quote bintangct 4-6-2020 08:45 AM
Semua org nak buat cerita baik dan viralkan tp cara yg diaorg buat tu kdg2 tak betul Kena tipu mcm kes ni Tak dinafikan manusia suka amik kesempatan pd org baik

Tp pd yg betul2 memerlukan harap mereka betul2 diberikan bantuan Cuma kena bersabar sikit la sb nak kena check bagai
Quote DayangKirana 4-6-2020 08:45 AM
same macam kes yang pernah kluar kat socmed dlu..
katenye dibuang anak, hidup merempat tak dipedulikan keluarga..

rupa2nya masa muda, dia sendiri memang bapak tak berguna..
duit habis kat judi..makan pakai bini tanggung semua demi anak2..
hari2 anak bini makan penampar dan caci maki..

memang cash la kalau dipenghujung usia hidup merempat..
Quote EvieWanKenobi 4-6-2020 08:55 AM
sebab tu malas nak kesian orang2 macam ni..
yang sibuk nak kutip derma bagai pun sama..
zaman sekarang semua suka ambik kesempatan..
Quote lonely_classic 4-6-2020 09:10 AM
Themilo replied at 4-6-2020 08:40 AM
sorry OT,  singlet yang uncle tu pakai pun Bintang Pilsener Bali. Kau rasa?

kan.... first thing yang noticed tshirt dia tu
Quote bonggo 4-6-2020 10:24 AM
Membantu gelandangan atau org susah ni mmg sifat terpuji.  Tapi generasi twitter mmg up this game to the next level.  Sambil tolong sambil selfie buat ayat terharu tersntuh dgn keadaan org tu seolah-olah masyarakat tak peduli golongan mcm ni padahal kebanyakan org ssh kat malaysia ni dpt batuan zakat n jkm. Buat thread n harap dpt viral.  Tp kebaikan viral ni mnyebabkan org lain dpt counter check kesahihan cerita tu betul or scam je
Quote bonggo 4-6-2020 10:25 AM
DayangKirana: same macam kes yang pernah kluar kat socmed dlu..katenye dibuang anak, hidup merempat tak dipedulikan keluarga..rupa2nya masa muda, dia sendiri memang ...

Ni kes yg mn ye?
Quote rospinki 4-6-2020 11:10 AM
jumpa ramai gelandangan kt tepi bank camni..sedekah kt dia ckupla.
perasan tak..baik india cina bersongkok tepi bank mintak sedekah.
Quote Megikari 4-6-2020 11:11 AM
Themilo: sorry OT,  singlet yang uncle tu pakai pun Bintang Pilsener Bali. Kau rasa?

Apa tu?
Quote Artemesiaa 4-6-2020 11:51 AM
Sebab tu kena cari tahu cerita dari kedua pihak dan tak mudah terpedaya oleh cerita dari satu pihak saja sebelum menghukum
Quote msrosse 4-6-2020 12:03 PM
acik ohconniee ni baru kuar gua ker? berlambak jer gelandangan merata2 ... drg nih kebanyakannya homeless sbb drug addict ... klu tak caya time bulan posa try bagi makanan ... jgn haraplah drg nak makan .. drg nak duit jerr ... bertaburan makanan sampai basi terbiar membazir jerr ... genuine case berapa kerat jerr
Quote leylapple 4-6-2020 12:16 PM
byk kes konon tak dpt bantuan, terkesan masa PKP nie ada lah cerita bohongan..

ada yg aku kenal dr facebook yg bagi duit rm150 konon nya kepada family terkesan PKP pun aku rasa kena tipu..

alasan kedai tak bukak, tak blh turun ke laut bekerja...sedangkan berada di sabah... anak berderet je..ada yg tgh mengandung..kata takder laki...

aku tgk grabfood, panda food ramai buat keja...jiran aku yg part time keja pizza kata sales meningkat 3 kali ganda masa PKP..

tapi itulah.. mungkin ada yang terkesan tapi takla sampai diviral mcm nie... masih dapat teruskan hidup cuma nak mewah tu x dapat lah
Quote kucingitam 4-6-2020 12:22 PM
lonely_classic replied at 4-6-2020 09:10 AM
kan.... first thing yang noticed tshirt dia tu

hahaha...sama
Quote cmf_premierleag 4-6-2020 12:35 PM
Megikari replied at 4-6-2020 11:11 AM
Apa tu?

tu logo arak
kat indon, arak tu femes.bintang bali ke apa nama tah
Quote 234126 4-6-2020 01:14 PM
kesian kat keluarga pulak kena fitnah. Walaupun ye la still tak elok nak buang mcm tu kan tapi mungkin dia merbahaya pada family kalau stay sekali atau lari dari pusat pemulihan rela merempat sebab nak hidup bebas?
Quote imransulaiman 4-6-2020 02:18 PM
Terus teringat kisah posmen yang viral baru-baru ni {:thief
Quote msamyrazi 4-6-2020 02:40 PM
ini salah satu sebab kenapa i `malas` nak bersedekah kat golongan begini . lebih baik i bagi sedekah kat stray cats.
Quote vee_zara 4-6-2020 02:45 PM
Please la budak2 twitter ni sehina2 golongan dalam social media . Itu pun nak percaya
Quote husna_amal 4-6-2020 03:10 PM
jadi scammer untuk senang hidup.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.233592 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top