Seorang lelaki dipercayai bunuh diri ditemui tergantung dalam tandas bilik sewa tunangnya. Memetik Harian Metro, sebelum kejadian mangsa yang baru tiba dari Kudat menziarahi tunangnya bersama rakan di bangunan Sinsuran, Kota Kinabalu, sekitar jam 5.30 petang, hari ini.
Rakannya dikatakan pulang ke Kudat selepas mereka menjamu selera, manakala mangsa ke bilik air untuk mandi. Bagaimanapun, tunang mangsa mula berasa curiga apabila lelaki itu tidak keluar selepas beberapa ketika. Bimbang dengan keadaan mangsa yang tidak membuka pintu selepas diketuk, wanita itu mendapatkan bantuan jiran untuk memeriksa keadaan mangsa yang kemudian ditemui tergantung di besi tangki air di tandas berkenaan sebelum memotong tali untuk menurunkannya. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dibuat tunang mangsa di Balai Polis Kota Kinabalu.
"Sebaik menerima laporan sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. "Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya. Hasil siasatan tidak menemui kesan jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE1) untuk ujian Covid -19 sebelum dibedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI |
sharlenetexas replied at 4-6-2020 11:05 PM
Sinduran ni area kat api api centre ke?
ADVERTISEMENT