Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM1,000 terhadap anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana menyebarkan gambar lucah rakan sekerja, lapor BERNAMA.
Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan. Hukuman itu dijatuhkan selepas Syahrul Anuar Razuan, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia. Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara seminggu bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Jun lalu. Mengikut pertuduhan, Syahrul didakwa mengaibkan kehormatan dengan menyebar gambar lucah wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Jalan Ang Seng, Brickfields jam 3.45 petang pada 31 Mei lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman penjara terhadap tertuduh dipertimbangkan kerana perbuatannya memberi kesan buruk kepada mangsa. Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Nabil Abd Rani dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman dikurangkan dengan alasan tertuduh masih bujang dan sudah memohon maaf selain perlu menjaga ayah yang uzur dan menanggung keluarga. - CARI
|
supernaturalee replied at 5-6-2020 02:23 AM
Mcmn blh dpt pic that girl
dua_chzy replied at 5-6-2020 04:04 AM
Camna lagik? Faham2 la. Sah2 sekendel.
ADVERTISEMENT