Meghan Markle tampil bersuara berhubung kematian lelaki kulit hitam Amerika Syarikat, George Floyd. Isteri kepada Putera Harry yang menyifatkan kematian Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan berkata, adalah menjadi satu kesilapan jika semua pihak terus berdiam diri kerana nyawa George Floyd bukan perkara kecil.
Menurut AWANI, dia berkata demikian ketika memberi ucapan bagi acara upacara graduasi maya penuntut Immaculate Heart High School, iaitu bekas sekolah menengahnya. Meghan yang ibunya juga warga AS berkulit hitam turut menamakan beberapa lagi individu berkulit hitam yang menjadi mangsa kekejaman kaum di negara itu sebelum ini; Breonna Taylor, Philando Castile dan Tamir Rice. Ucapan maya itu dibuat susulan insiden lelaki berusia 46 tahun berkenaan mati selepas polis kulit putih di Minneapolis menekan lehernya dengan lutut selama beberapa minit.
"Saya terkilan anda (pelajar) membesar ketika kekejaman ini masih berlaku. "Kita melihat orang ramai bersolidariti, anggota masyarakat saling memberi sokongan. "Saya yakin anda tahu nyawa kaum kulit hitam juga penting. Suara anda diperlukan dan saya menyokong anda," katanya. Sehingga kini protes masih berlaku di beberapa bandar di AS, membantah dan menuntut keadilan atas kematian Floyd dan tiga pegawai polis telah didakwa pada Rabu. - CARI Teks ucapan penuh: |
belilies replied at 5-6-2020 12:25 PM
Tahi laaaa pompuan ni. Bagus dok diam je. Trying anything to stay relevant dari musim covid ke isu G ...
Menurut AWANI, dia berkata demikian ketika memberi ucapan bagi acara upacara graduasi maya penuntut Immaculate Heart High School, iaitu bekas sekolah menengahnya.
dani-rox replied at 5-6-2020 11:54 PM
ada sorg minah kat twitter ka IG tumpahkan teh, kakaknya schoolmate thn yg sama dgn M2. Bini Jus ...
dani-rox replied at 5-6-2020 07:54 AM
ada sorg minah kat twitter ka IG tumpahkan teh, kakaknya schoolmate thn yg sama dgn M2. Bini Jus ...
delia3003 replied at 5-6-2020 11:35 PM
Yang kelakar nye kan minah ni. Tiap2 kali dia buat apa2, nanti bersusun ler keluar artikel konon ...
namieamuro replied at 6-6-2020 12:19 AM
dpt kak ipaq baik hati pun dibulinye smpi menangis kak ipaq..dihari nan mulia pulak tu..mujor kak ...
ADVERTISEMENT