Alamak, ramainya kena serang dengan penggodam. Habis bahasa Turki segala bagai yang keluar! Melihat Insta Story Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, dia berkongsi gambar berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membuat laporan mengenai Instagram stesen radio itu digodam.
"Pihak pengurusan membuat laporan polis bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk terutama apabila lebih ramai akaun yang diikuti Suria Malaysia, digodam. "Perkara ini disedari petang semalam selepas kami tidak dapat mengakses akaun IG dan carian atas nama Suria Malaysia tidak dapat ditemui," katanya kepada BH Online. Sementara itu, Suria FM dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, akaun tersebut hilang daripada carian sejak petang Rabu dan menyebabkan lebih 333,000 pengikut di lnstagram hilang.
Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nad Zainal turut berkongsi ada cubaan daripada pihak tidak bertanggungjawab cuba menggodam IG mereka. “Pagi ni dapat mesej ni kat DM (direct message). Rasanya ada yang nak try hack account saya! Abaikan atau buat apa? Help!” tulis Siti di Insta Story. Lebih parah, Datin Almy Nadia juga menjadi mangsa dan meminta penggodam memulangkan semula IGnya. Manakakala, Sharifah Shahirah berpesan kepada orang ramai agar berhati-hati apabila menerima mesej daripada akaun tidak dikenali. - CARI
|
kukukatablog replied at 5-6-2020 03:03 PM
jgn2 kejer awang hitam... nak racist skjap....
kiah_mai_pulak replied at 5-6-2020 04:14 PM
ooooooooooo habis tu kita semua kat sini nk kena mggelabah tekssssss ke tak dgn berita ni?
Acikgomen replied at 5-6-2020 07:14 PM
Kiahhhh selamat hari raye
Kurex replied at 5-6-2020 11:48 AM
Sian penyanyi bernombor menyara bewak yg menumpang dgn ig & youtube..
Hitman91 replied at 6-6-2020 01:37 AM
ni lebi kepada phising.teknik zaman dolu2..
bila klik link tu,akan ada laman login menyerupai insta ...
ADVERTISEMENT