Umur masih panjang. Seorang warga emas bernasib baik isteri menyedari keadaannya yang sesak nafas apabila tercekik dodol yang melekat bersama gigi palsu. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di rumahnya dekat Perumahan Genuang, Segamat, pagi tadi.
Difahamkan, Faridah Mohd Zulkifli, 60, mendapati suaminya, Abdul Moin Mohd Salleh, 63, sesak nafas ketika mereka menikmati dodol sekitar jam 11 pagi tadi. Dalam keadaan cemas itu, Faridah bergegas memberi bantuan dengan menepuk tengah belakang badan suaminya berulang kali hingga pesara berkenaan tersedak dan mengeluarkan gigi palsu tersebut. "Dodol itu melekat pada gigi palsu yang tertanggal ketika suami menelannya sebelum kedua-duanya tersangkut di bahagian kerongkong. "Selepas saya berusaha menepuk bahagian belakangnya beberapa kali, suami kemudian tersedak menyebabkan dodol bersama gigi palsu bahagian atas itu tercampak keluar dari mulut," katanya.
Kata Faridah, dia sudah menasihati suaminya itu supaya membuka terlebih dahulu gigi palsunya yang sudah longgar sebelum makan dodol berkenaan, namun tidak diendahkannya. Suaminya itu juga kerap menangguhkan untuk membaiki atau menggantikan gigi palsu berkenaan. - CARI
|
lasagnaklcc replied at 6-6-2020 12:38 AM
Mcm mana BH blh dpt berita ni? Kalau i malu nak cite kat org. Tak psl jd bahan gelak.
September14 replied at 6-6-2020 12:40 AM
Aku ingtkn atuk mahadiaq
September14 replied at 6-6-2020 12:40 AM
Aku ingtkn atuk mahadiaq
lasagnaklcc replied at 6-6-2020 12:38 AM
Mcm mana BH blh dpt berita ni? Kalau i malu nak cite kat org. Tak psl jd bahan gelak.
gideoncross replied at 5-6-2020 05:44 PM
Dan iol pun tngh trgelak skrg.
krustykrab replied at 5-6-2020 11:46 PM
Degil, kalau mati pun elok jgk
ADVERTISEMENT