Masih ingat lagi pada lelaki yang menyeret anjing ketika Ramadan, baru-baru ini? Terbaru, Sinar Harian melaporkan lelaki yang juga peminta sedekah itu didenda RM25,000 kerana menganiaya binatang dengan menjerut dan mengheret leher seekor anak anjing betina dengan tali. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu, semalam selepas Ibrahim Hamat, 51, mengaku bersalah dengan kejam menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap seekor anjing betina di Jalan Dato Pati berhampiran stesen kereta sewa di Kota Bharu jam 1.12 petang pada 25 April lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum ini merayu hukuman terhadapnya diringankan, namun pihak pendakwaan memohon mahkamah memberi hukuman berat sebagai pengajaran kerana mangsa melibatkan seekor anjing yang baru berusia empat bulan. Terdahulu, wanita yang merakam kejadian itu menyelamatkan anjing berkenaan selepas membayar RM50 kepada lelaki terbabit dan anjing itu kini sihat dalam jagaannya. Difahamkan, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara empat bulan selepas gagal membayar denda berkenaan. - CARI |
Tinot7 replied at 8-6-2020 03:40 PM
teruk ke kalau iols kata, bg la dia dok dlm penjara lama sikit. biar makan pakai dia ditanggung. tem ...
Tinot7 replied at 8-6-2020 03:40 PM
teruk ke kalau iols kata, bg la dia dok dlm penjara lama sikit. biar makan pakai dia ditanggung. tem ...
annehuda replied at 8-6-2020 04:01 PM
Setuju noks. Tp tu la tgk die ni sihat segar bugar, cacat pun tak tp jd peminta sedekah. Mmg sesua ...
PristineOne replied at 8-6-2020 04:18 PM
Tak teruk sis... elok macam yg sis cakap tu... Biar la dia dalam penjara....makan pakai cukup....b ...
damsel_fiji replied at 8-6-2020 08:23 PM
padan la merempat ..dgn binatang pon kejam.
aku_best replied at 8-6-2020 04:28 PM
Pemandu mabuk yg bunuh org jer yg aman2 terima hukuman ringan..malah dilepaskan lagi bila dah claim ...
ADVERTISEMENT