Memandangkan kita sudah pun memasuki fasa PKPP, maka ramai merancang untuk bercuti dengan merentas negeri. Namun, berlainan dengan golongan elit, Marion Caunter, 40, yang membawa keluarganya menikmati keindahan Sekinchan. Ya, anda tidak salah baca, ianya adalah Sekinchan, sebuah bandar kecil di Selangor. Jadi, apa yang Marion dan keluarganya lakukan sepanjang berada di sana? Jom kita lihat gambar-gambarnya.
Dengan perjalanan yang memakan masa selama sejam setengah, ianya berbaloi kerana Marion dapat menikmati keindahan sawah padi yang terbentang luas sambil menikmati makanan yang disajikan di tepi bendang tersebut. Malah, mereka turut meluangkan masa untuk menunggu matahari terbenam. " I just love that there's so much beauty in our own
country which admittedly, I might sometimes take for granted. We really
don't have to go far at all." Setelah melihat pemandangan menarik begini, pasti anda tertanya-tanya apa lagi yang menarik di Sekinchan kan? Ada pelbagai aktiviti yang akan mengimbau kembali suasana di kampung seperti melawat kilang padi dan menyaksikan bagaimana proses penanaman padi dan seterusnya. Selain itu berkunjung ke Ahma House dengan menyaksikan demonstrasi membuat kuit kapit yang dibakar menggunakan kaedah tradisional dan menikmatinya! Antara tarikan lain ialah menaiki buggy lalu mengelilingi kawasan sawah padi dengan kadar bayaran tertentu. Atau anda boleh sekadar menikmati pemandangan pantai Redang dan macam-macam lagi lah daya tarikan yang sederhana tetapi menyentuh hati. Jadi, Marion Caunter pun dah sampai Sekinchan, anda bila lagi? - CARI |
bluebutter replied at 10-6-2020 10:35 AM
Ikan Bakar Sekinchan. Cantik tempatnya. Peaceful.
belilies: Iols ni taklah suka sangat marion ni. Tapi mata ni tajam tengok yg komen mintak pakai baju kurung. Taiklah. Org tu nak pakai apa pun tgh bendang sukat ...
dekmieDandy: ooo padi dah siap yaaku gi haritu sawah kering kontang lagi
LadyCarefree replied at 10-6-2020 11:39 AM
Some meleis memang macam tu.
234126 replied at 10-6-2020 10:56 AM
Tempat makan tu mmg table setting tgh bendanh ke? Soalan noob ni, kalau betul iol pun nak pergi. Bes ...
ADVERTISEMENT