Tidak seperti kebanyakan orang lain yang teruja apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, Yatt Hamzah memilih untuk tidak pulang ke kampung demi keselamatan anak-anaknya.
Di ruangan Instagram, pelakon itu memaklumkan tindakannya berikutan penularan wabak yang belum pulih sepenuhnya. "Raya di rumah saja tahun ni sebab anak-anak kecil. Kita tak berani lah nak keluar macam orang lain. Keselamatan anak nombor satu, yang lain tak penting dah," tulisnya. Dalam masa sama, Yatt berpesan supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bimbang usaha membendungnya selama ini menjadi sia-sia, katanya. Dalam hantarannya sebelum itu, Yatt menumpang gembira orang ramai yang kini teruja dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. Namun, besar harapannya agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan antara satu sama lain. |
Lailerthee: Kau xnak blek da laa xya la nak kecoh mcm org lain xjaga keselamatan anak tu hak masing2 xya laa nak sibuk kua statment
timah03: Penting kan keselamatan anak.... Baby hang yg kerap jatuh tu per cer.....
timah03 replied at 10-6-2020 01:47 PM
Penting kan keselamatan anak.... Baby hang yg kerap jatuh tu per cer.....
ADVERTISEMENT