CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cover Lagu Lathi Versi Nasyid, Yang Unlike Tu Mesti Tengah Terbakar!

11-6-2020 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5550| Komen: 14

Di saat ramai bertelagah di laman sosial berhubung cabaran tular Lathi Challenge, Rabithah mengambil kesempatan membuat nyanyian semula (cover) lagu nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira itu bagi menyampaikan dakwah.




Dek kerana isu cabaran dan lagu yang diguna dikatakan mengandungi unsur mistik dan pemujaan masih hangat diperkatakan, cover lagu dari Rabithah itu mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Ramai menyambut baik Lathi Challenge versi dakwah itu dan berharap semua umat Islam sama-sama muhasabah diri.

Malah, ada juga warga Indonesia sendiri setuju Lathi Challenge memiliki kelebihan dan kekurangan.

"Kita bangga budaya tradisional kita dikenali, tapi memang unsur magis sulit dipisahkan dari masyarakat Jawa," komen netizen.



Pun begitu, masih ramai menunjukkan rasa kurang senang mereka hingga menuduh rakyat Malaysia 'menyibuk' tentang budaya mereka (Indonesia).

"Kalau nak cakap soal agama, muzik pun haram," katanya.


Kredit foto: YouTube

Sementara itu, wakil kumpulan nasyid berkenaan berkata, tujuan mereka membuat cover lagu itu adalah untuk memberikan alternatif dan mesej kepada semua melalui medium lagu.

"Kita pun tahu sekarang ada orang sanggup buat make up menyerupai iblis, buka aurat dan sebagainya, maka kami nasihat lagu dengan lagu, tapi diubah liriknya agar mesejnya sampai," katanya kepada Gempak.

Yang unlike lagu ni, mesti tengah terbakar. Betul ke? - CARI


5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-6-2020 07:44 PM
Asal dislike, teros cop orang tu kafaro, murtad terbakar... Padahal aku dislike video sebab suara tak sedap, audio hauk, lirik ntah apa2
Quote RatuDunia94 11-6-2020 11:02 PM
Perlu ke umah2 nasyid malaya asyik nak milking on lagu2 yg tgh trending?? Asal lagu korang xde yang nk dengar ke?
Quote Tinot7 12-6-2020 04:28 AM
Iols rasa muzik skor ni best. Sbb tu bubuh lirik lain pula, ok je.
Tapi bila dah ubah lirik mcm ni, nak buat LathiChallenge mcm mana?
Quote anggeriklatifah 12-6-2020 04:36 AM
Asyik nak bash org je...
Bila.kawan2 dia tglkan bini kahwin cerai sesuka hati..kata jgn masuk campur la..Hal rumahtangga org la..ape la..

To me la Kan org yg gunakan agama utk kepntingan sendiri adalah sebusuk busuk manusia seteruk teruk manusia..lebih teruk lagi dari Muslim yg minum arak berbogel
Quote tikusmontok 12-6-2020 06:45 AM
Natang apa lathi ke hulu lathi ke hilir org dok sebukkan sangat ni? Semak la hal indon
Quote duri_durians 12-6-2020 08:13 AM
buat je la apa pun. tak payah layan yg sentap. habis air liur je nak bergaduh.

tapi dah tahun 2020 ni cuba belajar penggunaan unlike dan dislike yg betul
Quote mazurasaat 12-6-2020 10:11 AM
Kurex: Asal dislike, teros cop orang tu kafaro, murtad terbakar... Padahal aku dislike video sebab suara tak sedap, audio hauk, lirik ntah apa2

Aku rasa lagu tu sedap je..liriknya pon bagus bukan lirik ntah pape..
Quote husna_amal 12-6-2020 12:14 PM
Dengan secara tak langsung makin meluas publisiti lagu ni.
Quote nur_ieyfa 12-6-2020 12:33 PM
mazurasaat: Aku rasa lagu tu sedap je..liriknya pon bagus bukan lirik ntah pape..

Aq pown rasa okay je lirik dia tu..
Quote hasniey 12-6-2020 01:03 PM
mazurasaat replied at 12-6-2020 10:11 AM
Aku rasa lagu tu sedap je..liriknya pon bagus bukan lirik ntah pape..

Mmg pon.lagu psl org yg disakiti
Bukan lirik ajak buat jahat ke apa pon.yg lirik jawa Pon just warning.jaga kata2.
Tp org dgr muzik cmtu,terus cop mentera la apa laaa
Quote cikkilata 12-6-2020 01:10 PM
Lirik ok je.. suara tu mcm biasa je...{:run
Quote Suchi 12-6-2020 03:19 PM
RatuDunia94 replied at 11-6-2020 11:02 PM
Perlu ke umah2 nasyid malaya asyik nak milking on lagu2 yg tgh trending?? Asal lagu korang xde yang  ...

Kan? Mcm lagu apak harry khalifah yg mendayu2 tu apatah tajuk lagu tu ternampak kt youtube ade yg nyanyi dlm versi nasyid pastu musim kobid ni lagu tu buat versi utk frontliner plak.
Yg buat versi nasyid ni la iols tak gemor mmg nmpak cam nk menumpang populariti lagu kenapa tak usahakan buat melodi sedap2 tuk lagu nasyid korang drpd duk cover lagu yg trending pastu ubah lirik religi. Pastu netizen pun puji2 sambil sindir lagu asal.
Quote Nenasketum 21-6-2020 10:24 PM
Ok jugak, sedap la jugak kalau nak banding dengan Alip atau Bam Jat nyanyj
Quote red_velvet 21-6-2020 11:19 PM
Suara meleweh2 n leper, mulut tak bukak habis,.. bosann...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.066710 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top