CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dibelasah 4 Wanita Ketika Melepak, 3 Suspek Dalam Buruan

11-6-2020 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7763| Komen: 63

Lima ditahan berikutan video tular remaja perempuan berusia 18 tahun dibelasah empat wanita di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Besut, kelmarin, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad, mangsa membuat laporan selepas menyedari rakaman video kejadian yang berlaku kira-kira 6 petang itu tular di laman sosial, semalam.



Kredit foto: Harian Metro

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga pembantu kedai makan melepak di lokasi kejadian bersama seorang rakan perempuan sebelum didatangi lapan wanita menaiki empat motosikal.

Difahamkan, empat daripadanya yang dikenali mangsa kemudian bertindak menumbuk dan menendang di seluruh anggota badannya hingga mengalami calar di bahagian muka serta sakit di bahagian perut dan dada.

Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara mangsa dengan salah seorang suspek dikenalinya sebelum ini.


"Mangsa mendakwa rakaman video kejadian yang menjadi tular di laman sosial itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang suspek dikenalinya.

"Susulan laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar, lima daripada lapan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10 malam tadi dan usaha memburu tiga lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Tambahnya, mereka direman sehingga 14 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - CARI
5

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-6-2020 07:10 PM
Jangan gaduh kes lelaki dah.. Habis korang kena cerca.
Quote namr 11-6-2020 07:11 PM
Berebut jatey ko sek sek ni
Quote Dwdrum 11-6-2020 07:17 PM
Bodoh saja jika Ber gaduh sebab jantan..pass jah baton anggap barang buangan and heads up!
Quote Lailerthee 11-6-2020 07:20 PM
Takut betul tengok budak zaman skrg ni
Quote blekkep 11-6-2020 07:22 PM
Bakal mak2 sape lar awek2 rempit nie
Quote underground 11-6-2020 07:31 PM
set2 BBNU ganu kalau gaduh biasa sebab jatey.

jatey senyum sokmo.

alah bagi je la jatey tu kat tino tu. biar je kawin.

esok2 stress dah kawen tino tu belasah jatey tu balik sebab skandal.
Quote kerabuBiru 11-6-2020 07:45 PM
sarah82 replied at 11-6-2020 07:10 PM
Jangan gaduh kes lelaki dah.. Habis korang kena cerca.

Mesti gaduh pasal jantan... gerenti
Quote Kurex 11-6-2020 07:46 PM
Mesti muka berkerak
Quote kroit92 11-6-2020 07:47 PM
samseng benorr

tak tau background cerita, asal usul sampai gaduh camni

tapi dah bawak geng, pukul together-together, jenayah le~

sila~ masuk~ dalam~
Quote sarah82 11-6-2020 07:49 PM
kerabuBiru replied at 11-6-2020 07:45 PM
Mesti gaduh pasal jantan... gerenti

Tunggu ada yg tumpahkan teh dulu.. Tapi rasanya betul.. Sbb jantan.
Quote EvieWanKenobi 11-6-2020 07:57 PM
ganasnya depa..
Quote Nes3in1 11-6-2020 07:57 PM
Sek sek ganu ni meme gaduh pasal jate ke? Baik mu join sek sek ngucing aman2 jah.
Quote zamnie 11-6-2020 08:23 PM
Dlm news kata dh kena tgkp..
Quote epuepy 11-6-2020 08:41 PM
Uwooo. Ni baru btl2 tamparan wanita.
Quote little_sis 11-6-2020 08:43 PM
awek2 sapa la ni agaknya..
Quote sukacactus 11-6-2020 08:47 PM
Nak sgt tgk rupa gerangan yg menjadi rebutan itu
Quote dubuk 11-6-2020 08:54 PM
lengan pendek patut seluar pendek
Quote imransulaiman 11-6-2020 08:55 PM
Takde video gaduh ke?
Quote CikDaNdeLi0n 11-6-2020 09:01 PM
Knp perlu rekod ketidakcerdikan diri ek?

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.156267 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top