Biasa kita lihat nak buat ulasan mesti kena pakai cantik-cantik dan mengenakan solekan tebal. Namun bukan untuk Datin Almy Nadia kerana dia selesa menjadi dirinya sendiri.
Apa yang penting katanya adalah cara ulasan dan penyampaian sekali gus meyakinkan pmebeli untuk mendapatkan produk berkenaan. "Saya jenis sempoi. Saya bukan orang yang kalau nak buat ulasan yang mana kena ada lampu kiri, kanan, atas dan bawah, tak. Kena mekap tebal, tak. Saya menjadi diri sendiri. Memang kadang muka ada jerawat, saya rasa ia tak penting, tapi cara makan dan penyampaian buat orang terliur dan nak beli.Sakit pun saya kena kerja, sebab mereka sudah bayar. Lagi pula mereka ada tarikh tertentu apatah lagi kalau hujung bulan dan mengharapkan orang beli produk mereka. Produk pun tak mahal, semua bawah RM50, jadi mereka perlukan jualan.
|
Esel768: For me tu bukan sempoi..tp malas nk bersiap
ADVERTISEMENT