CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pasrah Kelisa Emas Digoreng Bapa

14-6-2020 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7786| Komen: 36

Buat yang gemar membela ikan hiasan pasti tidak asing lagi dengan ikan kelisa atau arowana iaitu antara ikan termahal di dunia.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Sukoharjo, Jawa Tengah pasrah apabila mendapati ikan Kelisa yang dibelinya empat tahun lalu telah digoreng bapanya.




Menerusi perkongsian di Instagram @solokini, semalam difahamkan pemilik akaun @mas_bayu_oky membawa pulang ikannya dari Cikarang, Jawa Barat ke rumah keluarganya di Solo pada dua tahun lalu.

Namun, dia tidak menyangka bapanya akan menggoreng ikan tersebut kerana sudah malas menguruskannya.


Kredit foto: IG Solokini


"Arowanaku digoreng bapaku. Belinya di Jatinegara dan sudah empat tahun menemaniku. Selepas dua tahun di Cikarang, terus saya bawa pulang tapi tiada yang menguruskannya.

"Bapaku juga sudah malas, jadi terus digorengnya," tulisnya menerusi Direct Message (DM) kepada @solokini.

Ketika dihubungi TribunNews, lelaki bernama Bayu itu mengakui ikan yang digoreng bapanya itu jenis Kelisa Emas yang dibeli pada harga 800,000 rupiah, empat tahun lalu.

Jelasnya, dia membawa ikan itu pulang ke rumah keluarganya kerana ikan itu semakin membesar dan tidak muat di dalam akuariumnya.

Katanya, sejak itu ikan berkenaan tidak dijaga dengan baik, malah hanya diberi makan cicak.

Tidak lama kemudian, dia menerima kiriman gambar daripada adiknya menunjukkan ikan itu telah selamat digoreng bapanya.

Bagaimanapun, difahamkan hanya bapanya seorang yang sanggup makan ikan berkenaan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 14-6-2020 05:03 PM
Cicak geli la wweehh,wlaupon nmpk sedap ikan tu siap digoreng
Quote Artemesiaa 14-6-2020 05:07 PM
Dah agak lama dia membela mana sanggup nak makan.  Sebab tu selalunya kalau dah malas nak bela selalu bagi je kat kawan2 yang minat bela ikan kurang2 sesekali2 boleh ler datang jeguk dari masuk ke kuali akhirnya.
Quote Anne.W 14-6-2020 05:35 PM
Penah gak jadi mcm ni.. Udang kara adik mati.. Nak makan pon xlalu. Simpan beku dlm peti ais tunggu tuan dia blk br tanam.. Huhu
Quote JohnnyLever 14-6-2020 05:57 PM
aku dulu pernah menjadi penggemar ikan akuarium

sudah tentu pada waktu itu kelisa dan arowana menjadi pilihan, impian dan pujaan

malangnya pada waktu itu aku tidak ada bajet untuk ikan akuarium

sehingga kini aku tidak punya akuarium
Quote Lengkong 14-6-2020 06:20 PM
Gelinya makan cicak

Quote shernazz 14-6-2020 06:22 PM
Anne.W replied at 14-6-2020 05:35 PM
Penah gak jadi mcm ni.. Udang kara adik mati.. Nak makan pon xlalu. Simpan beku dlm peti ais tunggu  ...

Acaner nak.membela udangnkara ni?
Bagi makan apa?
Quote Anne.W 14-6-2020 06:57 PM
shernazz replied at 14-6-2020 06:22 PM
Acaner nak.membela udangnkara ni?
Bagi makan apa?

Masa tu bg mkn palet utk ikan jgk. Udang kara tu kecik je.. Tu yg adik letak dlm aquarium.. Dia mmg suka bela pet. Dulu penah ade totis.. Pastu ikan2.. Now tggl kucing je
Quote Supersirap 14-6-2020 07:00 PM
Sedapkah jika ikan kelisa tersebut digoreng? Setakat ni, ini adalah kali pertama dengar orang goreng ikan kelisa
Quote JohnnyLever 14-6-2020 07:01 PM
Supersirap replied at 14-6-2020 07:00 PM
Sedapkah jika ikan kelisa tersebut digoreng? Setakat ni, ini adalah kali pertama dengar orang goreng ...

sedap, takkan nak goreng kereta kelisa
Quote 234126 14-6-2020 07:27 PM
Bagi makan cicak pastu kau goreng pastu kau makan
Quote shernazz 14-6-2020 07:27 PM
Anne.W replied at 14-6-2020 06:57 PM
Masa tu bg mkn palet utk ikan jgk. Udang kara tu kecik je.. Tu yg adik letak dlm aquarium.. Dia mm ...

Alahai comelnya..
Sabor betol dia.membela..
Huhu...
Quote Kurex 14-6-2020 07:28 PM
Indon ni kalau goreng, mesti minyak banyak & tak bertapis / tus minyak tu
Quote allshares 14-6-2020 07:41 PM
Dulu ikan flower horn adik mati, boleh my mum goreng? Last2 takde sape pun mkn. Kesiannya rasa. Dah la bela penuh kasih sayang
Quote Andyscenes 14-6-2020 08:13 PM
bapak aku pernah goreng ikan arowana, aku x sanggup nk makan sbb, ikan tu dia pelihara.
Quote aHoi83 14-6-2020 08:35 PM
800k rupiah maknanya tak sampai RM300 kan? Kire murahla. Setau i penah tgk dkt kedai sblh wet world shah alam, anak ikan kelisa besar 2 jari harganya RM 2-3K siap certificate utk kaler gold n merah
Quote cupu 14-6-2020 08:41 PM
Dh malas nk jaga,knp xjual... Nasib la aku xminat pet..pokok2 yg viral pun xminat..senang..blk keje tdo..xpyh memikir ada pet nak mkn..ada pokok nk kn siram..haha..serai,daun pandan ada gak tanam.tp xyah jg sgt.survival skills tgi pokok tu..

Tp itu aku..xde la ckp org yg minat tu menyusahkan..alkisahnya aku mls. Dr menaniaya baik xpyh.gitew.
Quote sukacactus 14-6-2020 08:44 PM
Kalau dah lama bela, mmg dah rasa mcm part of the family...mana la sanggup nak buat lauk
Quote haruslah 14-6-2020 08:46 PM
Da mkn cicak pastu ko mkn pulakkk
Yuckkkkssss

I pon xlalu nak makan wp sayur tanaman sendri (dalam pasu)
Kalau takat cili serai kunyit tahan lg nk mkn
Ni sawi da naik x tertuai...x lalu nak makan. Bayam brasil pon same
Knp ntah...
Quote Esel768 14-6-2020 11:03 PM
Bila teringat yg ikan tu makan cicak, terus kembang tekak aku..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.085524 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top