Jika sebelum ini seorang gadis menjalani sesi temu duga di bawah pokok, terbaru pelajar memanjat pokok untuk mendapatkan isyarat Internet yang stabil. Bukan itu saja, malah pelajar jurusan Asasi Sains itu bermalam di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.
Video itu dimuat naik Veveonah Mosibin, 18, ke saluran YouTube bertajuk 24 Hours On Tree | Challenge. Video yang memaparkan kesungguhan Veveonah dari awal pagi itu bermula dengan kejadian tidak disangka apabila pondok dibina di atas bukit rosak dipercayai dibadai cuaca buruk. Katanya, dia tidak berkesempatan memeriksa keadaan pondok itu sebelum hari kejadian kerana sibuk menolong ibu bapa membuat kerja di ladang dan menoreh getah. Menerusi video itu, Veveonah berada di atas pokok berkenaan dengan hanya berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), botol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan.
Menurutnya, pada hari tersebut dia mengambil dua peperiksaan iaitu subjek Kimia sebelah pagi dan Pengajian Malaysia pada sebelah petang. Agak cemas apabila di pertengahan video berkenaan seeokor tebuan 'sesat' di dalam kelambunya. Selesai menjawab peperiksaan, Veveonah memutuskan untuk bermalam di atas pokok berkenaan dan pulang keesokan paginya bagi mencukupkan waktu cabaran selama 24 jam. - CARI |
misc replied at 15-6-2020 11:02 AM
Best tau baca buku atas pokok.Berangin je.. Pernah buat benda yg sama dgn cousins mcm budak Sabah ni ...
ADVERTISEMENT