|
Usahawan kontroversi Safiey Illias menzahirkan kasih sayang dan terima kasih kepada ibu bapanya kerana banyak berkorban menghantarnya berubat ketika mengalami kemurungan. "Terima kasih mak dan ayah sentiasa ada waktu susah dan senang, ketika depresi dan bertarung dengan bipolar disorder.
"Mak dan ayah puas hantar berubat sana sini," tulisnya di Instagram. Kata Safiey, lama dia bertarung mencari kekuatan selepas ditimpa pelbagai masalah, pengkhianatan malah pernah disihir. Malah, dalam kemas kini terbarunya, Safiey mendedahkan dia mengambil pil anti-kemurungan sejak berusia 15 tahun lagi.
Berkat susah payah ibu bapanya yang banyak berkorban, Safiey kini semakin pulih dan mengharapkan doa peminat agar dia dapat bangkit untuk meneruskan perniagaan semula. Semoga Safiey Illias cepat sihat. - CARI
|
djzara81 replied at 15-6-2020 02:07 PM
Dia bukannya xdpt family & fan support. Ramai org mendoakan & tolong dia mase dia berhirah kejap. Ta ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.041315 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.