CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seram, Wanita Dirasuk Dalam Wad Mengaku Iblis

16-6-2020 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40193| Komen: 276

Tular di media sosial video wanita membuat kecoh dipercayai dirasuk ketika berada di dalam wad sebuah hospital yang tidak dipastikan lokasi dan waktu kejadian.



Menerusi video itu, kelihatan wanita berkenaan berada di sisi katil pesakit sambil meracau dan mengaku dirinya iblis.

"Kau tahu aku siapa? Aku iblis. Wahai manusia, aku ingatkan kau semua, jangan pernah bermain api dengan aku!" katanya.

Walaupun kelihatan kehadiran beberapa polis di situ, mereka bagaimanapun membiarkan saja wanita berkenaan bermonolog, melemparkan bantal ke arah pesakit dan memukul katil di dalam wad berkenaan.


Foto: FB


Namun, kedengaran suara menengking, sekali gus menghentikan perbuatannya yang semakin agresif hingga mula menendang kerusi. 

Pun begitu, dia juga tidak mempedulikan arahan memintanya supaya duduk.

"Aku takkan duduk, si*l," ujarnya sebelum rakamn berkenaan tamat.

Difahamkan, video berkenaan mungkin dirakam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan dia memakai penutup mulut dan hidung. - CARI
4

Bagus

Marah
4

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 16-6-2020 12:19 PM
Edited by Boomibulat at 16-6-2020 02:09 PM

Tengok cepat belum di delete..
[youtube]B5jUoqFzKrM[/youtube]
Quote 234126 16-6-2020 12:25 PM
Kesian pulak yang sakit atas katil tu seram dengar dia gelak tapi mcm penat pun ada. Gelak besar mcm tu letih kalau kerap.
Quote ctaz 16-6-2020 12:25 PM
dah merayap dah video ni kat dlam wssap....
setengah org kata pompuan ni tgh tekanan perasaan...
ada pulak kata memang sakit jiwa...

ntah la maleh nak ambik port sgt...
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:27 PM
234126 replied at 16-6-2020 12:25 PM
Kesian pulak yang sakit atas katil tu  seram dengar dia gelak tapi mcm penat pun ada. Gela ...

Baca kat komen katanya dh meningal suami dia tu..
Quote Rogue98 16-6-2020 12:27 PM
Serammm....
Betul ke ni?
Quote 234126 16-6-2020 12:29 PM
Boomibulat replied at 16-6-2020 12:27 PM
Baca kat komen katanya dh meningal suami dia tu..

Seriuslah?   Innalillah. Bertambah meremang bulu roma tengkuk iol
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:29 PM
Rogue98 replied at 16-6-2020 12:27 PM
Serammm....
Betul ke ni?

Mcm betul..
Quote duri_durians 16-6-2020 12:29 PM
macam tak sihat je.. ahli keluarga dia ke yg tengah sakit tu? mungkin terlampau tertekan... kesian tengok.
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:30 PM
234126 replied at 16-6-2020 12:29 PM
Seriuslah?   Innalillah. Bertambah meremang bulu roma tengkuk iol

Masa kejadian ni belum mati..tp skrg dah mati..kejap lg kena delete kut video ni..kat YT waris2 dh mntk buang video ni..
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:31 PM
duri_durians replied at 16-6-2020 12:29 PM
macam tak sihat je.. ahli keluarga dia ke yg tengah sakit tu? mungkin terlampau tertekan... kesian t ...

Komen YT cakap suami dia..tp video tu dh xde..
Quote dudaberhias 16-6-2020 12:31 PM
tak sihat kot... tapi motiff sheolsss nak claim sheolss iblis.. nak perhatian pun ada banyak cara lain.. soo iols rasa maybe betul la di rasuk (untuk yang percaya hantu jin dan iblis)
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:32 PM
dudaberhias replied at 16-6-2020 12:31 PM
tak sihat kot... tapi motiff sheolsss nak claim sheolss iblis.. nak perhatian pun ada banyak cara la ...

Kalau kena rasuk biasa la claim mcm2...puteri bunian la raja jin la..
Quote JohnnyLever 16-6-2020 12:33 PM
lelaki pernah dirasuk atau tidak?

aku bertanya sahaja ini
Quote dudaberhias 16-6-2020 12:34 PM
duri_durians replied at 16-6-2020 12:29 PM
macam tak sihat je.. ahli keluarga dia ke yg tengah sakit tu? mungkin terlampau tertekan... kesian t ...

kalau betul tertekan... tengok lakonan sheolss tu hebat betul dari fattah amin....elok la ambil dia masuk bidang seni... suara dia pun memang sesuai untuk teater....
Quote darkness 16-6-2020 12:39 PM
Separuh hati kesian pula...hermmm
Quote noor2 16-6-2020 12:40 PM
Ya Allah risaunya aku tengok pesakit tu....dah la badan perempuan tu besar badak air....
Quote RatuDunia94 16-6-2020 12:40 PM
Celaka betul lah video iklan syampo head n shoulder kat forum cari ni. Menyusahkan aku nk tekan next page.. memang celakaaaaa
Quote Boomibulat 16-6-2020 12:42 PM
noor2 replied at 16-6-2020 12:40 PM
Ya Allah risaunya aku tengok pesakit tu....dah la badan perempuan tu besar badak air....

Dlm kesian2 pun sempat lg ckp mcm badak air..
Quote duri_durians 16-6-2020 12:43 PM
dudaberhias replied at 16-6-2020 12:34 PM
kalau betul tertekan... tengok lakonan sheolss tu hebat betul dari fattah amin....elok la ambil di ...

kau jgn nk buat lawak sangat duda. aku kesian kat akak tu.

tapi aksi dia mmg lagi berkesan daripada byk pelakon kayu skrg.

Lihat semua komen(276)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044837 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top