Rupa-rupanya, masih ada yang melemparkan tohmahan terhadap penyanyi Azharina walaupun sudah menjelaskan isu 'tutup gedung beli-belah'. Menerusi Facebook, Azharina memberi amaran kepada seorang warga maya bernama John Henry supaya menghentikan buli siber dan fitnah terhadapnya sekeluarga.
"Nina akan buat laporan Polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang pada kamu dan sesiapa yang menghina serta memaki hamun saya dan keluarga di media sosial," tulisnya. Sebelum ini, Azharina berkongsi kenangannya memakai beg sekolah berjenama Prada yang dibeli di 'bundle' dan bapanya pernah mengarahkan sebuat pusat beli belah menutup operasi bagi memberi laluan dia dan adiknya untuk berbelanja selama satu sejam. Ekoran menjadi buah mulut warga maya, Azharina kemudian tampil menjelaskan bahawa dia langsung tiada niat untuk bermegah. "Saya faham kehidupan sebagai anak seni ramai yang tidak suka walaupun tidak mengenali siapa saya. Saya salahkan diri sendiri, tapi biar saya betulkan perkara sebenar. "Jika boleh dihuraikan, konteks kata dalam artikel diterbitkan tidak lengkap. Disebabkan itu ia disalah erti segelintir pihak. Saya tidak pernah kata saya bermegah. Apabila wartawan bertanya pada saya apakah memori waktu kecil yang saya ingat bersama adik, jadi saya pun bercerita. "Ketika itu saya melawat adik di Miri. Ayah membawa kami ke sebuah pusat beli-belah dan masuk dalam Parkson. Ayah memberikan masa 45 minit hingga sejam untuk kami berbelanja," katanya kepada Harian Metro. - CARI
|
kakyungpilah85 replied at 17-6-2020 02:43 AM
Dia ni tua sebelum waktunya... Padahal sebaya kakyung je ni.. Tapi gaya, pakaian macam acik2 dah.. M ...
helicornia replied at 17-6-2020 02:41 AM
lorr dia bukak cerita pastu nak salahkan netizen. klu ko tak citer org pun tak tau. btw pasaraya par ...
kakyungpilah85 replied at 17-6-2020 10:43 AM
Dia ni tua sebelum waktunya... Padahal sebaya kakyung je ni.. Tapi gaya, pakaian macam acik2 dah.. M ...
kiyudi replied at 17-6-2020 11:02 AM
over sgt la smpai nk ttp mall utk ko sorg soping...
mcm anak sultan plak....
helicornia replied at 17-6-2020 10:41 AM
lorr dia bukak cerita pastu nak salahkan netizen. klu ko tak citer org pun tak tau. btw pasaraya par ...
ADVERTISEMENT