Kecoh sementara selepas Intan Najuwa memuat naik foto mesra bersandar di bahu seorang lelaki di dalam kereta. Berkata kepada Harian Metro, pelakon itu akhirnya mengesahkan bahawa lelaki berkenaan ialah Razrul Anwar Rusli, 39, bekas tunangnya. Kata aktres berusia 23 tahun itu, mereka masih berhubungan baik meskipun ikatan pertunangan terlerai pada Februari lalu. "Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari. "Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan 'follow the flow'. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang. "Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja," katanya.
Intan bagaimanapun menepis dakwaan mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar mesra itu di Instagram. "Ia sekadar 'posting' (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami," katanya. Doakan sajalah yang baik-baik buat Intan. - CARI
|
kuzaime replied at 18-6-2020 02:22 PM
Dah jadi bekas pun masih boleh lentok2 kat bahu lagi
missyL replied at 18-6-2020 01:54 PM
Agak2 mak bapak die malu x ade ank merenyam cmnie..
Same goes to ruhanis n kakak nye tu
Kesian.
slyfynx replied at 18-6-2020 02:47 PM
Nmpk no mcm orang murah.
Aku nk tulis perkataan lain dekat orang tu tp x sampai hati
Buritan replied at 18-6-2020 03:10 PM
Kalo mak aku merenyam kat bijik tuu ke..
Antara ayat mak aku..
ADVERTISEMENT