Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini tepat sekali menggambarkan nasib seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi buruan kerajaan itu kerana terbabit
penipuan mata wang kripto akhirnya ditahan di Jakarta, tetapi atas tuduhan berlainan iaitu salah laku seks. Menurut laporan portal Kompas.com, Russ Medlin, yang memasuki negara itu menggunakan visa pelancong pada tahun lalu, ditangkap di ibu kota Indonesia pada Isnin lalu. Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, suspek ditahan selepas tiga remaja perempuan lingkungan usia 15-17 tahun mendakwa dia membayar mereka untuk melakukan hubungan seks. "Selepas ditahan, kami memeriksa identitinya dan mendapati dia turut dicari oleh agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih ASD20,000 (RM85,000) daripada suspek. Jika bersabit kesalahan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia, Medlin boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun." Kekecohan bermula apabila ramai penduduk setempat curiga dengan beberapa remaja perempuan keluar masuk rumahnya. "Russ minta dicarikan perempuan di bawah umur melalui WhatsApp. Kemudian, dia diperkenalkan dengan mangsa atas nama SS yang masih berusia 15 tahun. Setelah berkomunikasi, Medlin meminta perempuan tersebut mengajak rakan-rakannya yang dinamakan LF dan TR. Mereka dijanjikan bayaran sebanyak 2 juta Rupiah (RM600)." Lebih teruk, rupa-rupanya Russ turut merakamkan aksi seks mereka ke dalam telefon bimbit dengan alasan sebagai simpanan peribadi. Malah, di Nevada juga Russ sudah dua kali didakwa atas merogol remaja berusia 14 tahun pada tahun 2006 dan 2008. "RAM minta dicarikan
perempuan yang masih anak di bawah umur kepada tersangka A (perempuan,
sekitar usia 20 tahun, warga negara Indonesia) melalui pesan WhatsApp.
Kemudian, tersangka A mengenalkan dengan korban atas nama SS yang masih
berusia 15 tahun," kata Yusri.
Setelah berkomunikasi via WhatsApp dengan SS, Medlin meminta perempuan
tersebut untuk mengajak teman-temannya. Dari kesepakatan itu, SS
mengajak dua temannya yang berinisial LF dan TR.
"Mereka dijanjikan diberikan imbalan uang masing-masing sebesar Rp 2
juta," kata Yusri. Artikel ini telah tayang di Kompas.com dengan judul "Fakta-fakta Russ Medlin, Buronan FBI yang Tertangkap karena Sewa PSK Anak di Jakarta", https://megapolitan.kompas.com/read/2020/06/17/06342451/fakta-fakta-russ-medlin-buronan-fbi-yang-tertangkap-karena-sewa-psk-anak?page=all. Penulis : Walda Marison Editor : Irfan Maullana Sementara itu, laman sesawang negeri Nevada yang menyiarkan nama pesalah seks menyenaraikan Russ Albert Medlin sebagai pesalah 'tidak patuh' tahap dua yang bermaksud kedua paling serius, dengan alamat di Las Vegas. Pada Disember lalu, Jabatan Keadilan AS berkata tiga individu ditahan atas tuduhan penipuan sebanyak ASD722 juta (RM3 bilion) daripada pelabur yang terpikat dengan pendapatan lumayan hasil daripada bitcoin palsu. Pendakwa raya di AS menuduh Medlin mengetuai 'BitClub Network' (Rangkaian Kelab Bitcoin) yang mengambil wang daripada pelabur menerusi skim 'ponzi' (cepat kaya) berteknologi tinggi. Macam mana penjenayah yang mempunyai rekod sebegini boleh terlepas ke luar negara? - CARI |
Tinot7 replied at 19-6-2020 10:32 AM
Camana US lepaskan org mcm ni ke dunia?
sarah82 replied at 19-6-2020 10:54 AM
Aku suspek.. Dia keluar melalui i mexico guna passport palsu. Dari mexico terbang ke Indonesia. N ...
Tinot7 replied at 19-6-2020 11:03 AM
Nasib baik tak terlepas ke mesia.. tapi yg terlepas tak tertangkap, siapa yg tau...
sarah82 replied at 19-6-2020 11:09 AM
Kita pernah ada kes.. Pedo dari UK.. Mangsa pedo ni budak2 india..
Syurga pedo adalah Thai, Ke ...
Tinot7 replied at 19-6-2020 11:14 AM
Kes pedo UK tu budak2 india ke? Iols tak tau pula.
Pedo akan target org2 yg susah. Itu sbbnya k ...
sarah82 replied at 19-6-2020 11:28 AM
Ni kes kat malaysia.
Kita dimomokkan yg mostly pedo adalah org islam... Kenyataannya pedo ni ...
ADVERTISEMENT