Tidak tahan melihat rakan sekerja menukar baju. Itu alasan diberikan seorang pemuda yang memperkosa gadis bawah umur. TribunNews melaporkan, jurucakap polis Inspektor Tajuddin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun sedang menyalin pakaian selepas waktu kerja.
"Suspek tergoda melihat mangsa menukar baju sehingga gagal mengawal nafsunya," katanya pada Khamis. Sebaik puas, suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian, meninggalkan mangsa yang tidak berdaya. Tambah Tajuddin, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada keluarga mangsa sebaik gadis itu mengadu mengenai peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya. Sejurus menerima laporan, polis berjaya menahan suspek berusia 36 tahun di kediamannya di Martapura, Banjar. Pihaknya juga merampas bahan bukti berupa baju dan pakaian dalam mangsa.
Lelaki terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana merogol gadis bawah umur. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 19-6-2020 04:59 PM
Kalau tgk sis vokuru salin baju rasanya sis vokuru sendiri tergoda sebab dia kategori asexual chromo ...
buapakperut replied at 19-6-2020 04:52 PM
indon+rogol+alasan goblok berpesah teada
CiliPadiSedap: Kalau tgk sis vokuru salin baju rasanya sis vokuru sendiri tergoda sebab dia kategori asexual chromosome dy dx syntax error
ADVERTISEMENT