Kecoh rakyat Malaysia mempertahankan pasangan trending Sugu Pavithra berhubung isu meminta bayaran RM10,000 bagi program masakan selama satu jam. Enggan bediam diri dihentam warga maya, pengacara Anim Ezati Rizki, 28, tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia mengesahkan ada menghubungi pasangan terbabit untuk syarikat miliknya, namun menafikan bahawa dia bukan dari stesen televisyen seperti didakwa dan menegaskan tidak pernah memaksa mereka untuk menerima tawaran berkenaan. Berikut adalah penjelasannya lebih terperinci mengenai kejadian ketika menghubungi Youtuber masakan itu.
Lantaran itu, Pavithra meminta maaf padanya dan berkata, suaminya Sugu akan membetulkan semula kenyataannya. "Stesen tv yang nak shoot dia dengan I adalah dua entiti berbeza. Dia keliru tentang itu. Itu saja. Jangan marah-marah lagi," ujarnya di Insta Story. - CARI
|
Themilo replied at 21-6-2020 08:50 AM
bullshit. bayar je la kalau itu harganya. dah kau yang hadap sangat nak diorang untuk content youtub ...
zeed: Anim tu ckp betul la. Tanya rate. So dia rasa mahal so tak engage la kan..
ADVERTISEMENT