Pelakon Zain Saidin, 36, berkata, dia dinasihatkan doktor supaya mengawal pemakanannya terutama yang mengandungi kolestrol tinggi. Dia berkata begitu kepada Harian Metro ketika menjelaskan sebab dimasukkan ke hospital sekali lagi dalam masa seminggu selepas mengalami masalah akibat jangkitan pundi kencing.
Katanya, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada Selasa apabila sakit bahagian belakang yang dipanggil sebagai 'thinning disc'. "Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk. "Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah jangkitan pundi kencing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kronik dan masih di peringkat awal. Kemungkinan punca sakit yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium," katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Zain dimaklumkan apa yang dialaminya adalah sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap 'slip disc'. Doktor juga menasihatinya supaya menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol tinggi. "Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol serta berminyak, keju dan mentega. "Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyerang jantung," katanya. - CARI
|
innocent_me replied at 21-6-2020 09:38 AM
Alaheiiii perlu ke posing sedemikian.
Kesian masuk wad pun masih perlu posing bagai nampak mcm zain ...
cmf_premierleag replied at 21-6-2020 10:03 AM
mcm kakak pi visit adik kt spital jah
anony-mous replied at 21-6-2020 10:43 AM
Mcm mak n ank sulung
Tinot7 replied at 21-6-2020 11:35 AM
Slipped disc ke thinning disc? Ke mmg windu kurex?
Mungkin Sebab Angkat Berat Di Gim, Zain Saidin ...
BicaraHatiku replied at 21-6-2020 12:30 PM
Zain dia thinning disc (degenerative)..disc yg mengecut/lusuh/nipis. Slipped disc (herniated)..d ...
ADVERTISEMENT