Penyanyi Aishah meluahkan rasa terkilan di Instagram terhadap golongan yang sering mengambil kesempatan atas kejayaan orang lain. Umum tahu, Aishah aktif membuat pelindung muka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk petugas barisan hadapan. Terbaru, Aishah menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan face mask extender pula bagi memudahkan pengguna bertudung. Namun, seorang individu tanpa segan silu telah menghubungi Aishah untuk 'menciplak' rekaannya dengan 'penuh hormat'. "Geram betul bila orang senang-senang nak ciplak, tak ada hormat langsung pada ciptaan orang lain. "Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak design ke?" soalnya. Aishah bagaimanapun berharap orang samai tidak tersalah anggap. Dia bukan enggan berkongsi ilmu, sebaliknya ia soal penat lelahnya mencari ilham untuk mereka hasil tangannya. - CARI
|
anilanil replied at 23-6-2020 05:31 PM
Kat dlm tu pita getah, kt luar tu kain. Ko jahit jer mcm nak pasang getah kain jadi la kedut2 cenggi ...
ADVERTISEMENT