"Itu memang niat dia mahu tular dan jatuhkan orang lain." Kecoh apabila tular video lucah didakwa mirip pelakon Fauzi Nawawi. Tidak berdiam diri, pelakon popular itu bergegas membuat laporan polis bagi mengelakkan imej semakin terjejas.
Berkata kepada Harian Metro semalam, Fauzi akan akan membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Hulu Langat. "Saya sebenarnya sudah banyak kali terkena. Dari zaman bujang, berkahwin, sebelum ada anak sehinggalah nak masuk umur 50 tahun ini, masih ada lagi perkara sebegini. "Cuma, ini paling teruk. Saya dapat tahu pun selepas dimaklumkan pengikut di Instagram. Mereka yang hantar video itu. Apabila saya tengok di Twitter terdapat beberapa versi. "Memang serabut juga nak jawab benda ini. Saya fikir, ada agenda di sebalik itu dan kenapa sebarkan? Tak lain tak bukan nak jahanamkan kerjaya dan runtuhkan rumah tangga saya. Tidak faham kenapa masih ada sikap sebegini. Jadi, saya ambil pendekatan kalau dilayan, dia berjaya jatuhkan saya," katanya kepada Harian Metro.
Dia juga akui bahawa penyebaran video itu sedikit sebanyak menjejaskan perjalanan kariernya. "Bukan saja memalukan, tapi juga menjatuhkan maruah saya. Saya sebagai mangsa yang teraniaya kena kuat dan berserah pada Allah. Fikirlah, apa faedah yang dia dapat? "Memang rasa geram dan marah, tapi tidak mahu layan sangat. Lagi satu, saya tak hairan sebab teknologi sekarang sudah melampaui akal fikiran. Apa saja boleh dibuat dan terjadi," katanya. Malah, dakwanya dia turut menerima mesej sama daripada peminat di Indonesia. Sampai ke negara jiran isu ini berterbangan! - CARI |
LadyCarefree replied at 24-6-2020 05:59 AM
Sebiji sejijik muka heols
fahdramli replied at 24-6-2020 02:45 PM
Sebijik muka dan suara,,, takkan orang lain kot ..
ADVERTISEMENT