Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah perkara baharu, namun ia banyak didiamkan dengan pelbagai alasan yang kemudiannya berakhir dengan mangsa atau pemangsa berhenti kerja. Namun, tindakan berani seorang gadis membongkar kemelut ini mendapat perhatian warganet. Tira Ashikin di laman Twitter menjelaskan bahawa dia diganggu secara seksual oleh rakan lelaki di tempat kerjanya. Apabila disuarakan, dia pula dipersalahkan kerana terlalu peramah. Akibatnya, gadis itu membuat laporan polis dan menguar-uarkan mengenainya di media sosial untuk memberi kesedaran kepada wanita lain.
Menurut Tira lagi, dia tidak boleh sekadar berdiam diri atau membuat laporan polis sahaja. Malah, dia menegaskan bukan kerana mahu membuka aib, sebaliknya lebih kepada memberi kesedaran kepada wanita lain supaya tidak mudah terpedaya selain berpesan kepada lelaki agar menjaga perangai. Sementelah lagi alasan yang dimomokkan selalu adalah kerana mangsa terlalu 'aktif'? Begitu juga dengan penerimaan orang sekeliling yang seolah-olah menyalahkan dirinya kerana membuka pekung sendiri. Mengapa perlu menyembunyikan gangguan seksual yang hanya akan membuka lebih ruang kepada lelaki gatal, perogol dan sebagainya? Rupa-rupanya, Tira tidak bersendirian kerana lebih ramai gadis yang tampil membuka cerita bahawa mereka juga menerima nasib serupa. Dengan perkongsian ini, sudah sampai masanya kita semua didedahkan secara terbuka mengenai hak-hak mangsa gangguan seksual. Begitu juga tindakan atau akta harus diperketatkan mengenai jenis gangguan ini. Tidak semua mangsa berani bersuara kerana alasan tertentu. Jadi, apa tindakan seterusnya? - CARI |
kaoru44 replied at 25-6-2020 04:04 PM
Xsalah jd peramah..tp tgok keadaan n kena jaga jgk batas tu..
Jgn ngn suami2 org pun sama naik bgur ...
ADVERTISEMENT