Mencampur semua pakaian termasuk milik suami ketika proses membasuh adalah satu tindakan tidak memuliakan suami? Dek memuat naik status berkenaan di Facebook, seorang wanita baru-baru ini mengundang kecaman ramai yang kurang senang dengan pandangannya itu. Dalam statusnya itu, dia berpandangan mencampur pakaian anak dan suami ketika membasuh walaupun hukumnya suci, ia seolah-olah tidak memuliakan suami. Ada ke dalilnya untuk menyokong pandangan wanita itu? Ini penjelasan Pencetus Ummah (PU) Azman yang mengatakan tiada dalil menuntut umat Islam berbuat demikian. Malah, tegasnya Islam bukan agama menyusahkan, sekali gus menasihati golongan sedemikian supaya tidak 'memaksa' orang lain untuk mengikut pandangannya atas nama agama. "Kalau korang buat sistem pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat "memaksa" orang lain buat atas nama agama. "Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama. "Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. "Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Apa guna mengasingkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terasing," jelasnya di Instagram. - CARI
|
Meiizu replied at 26-6-2020 12:17 PM
teringat kes viral yg bini post bagi guideline cara nak bagi laki makan pkl8 wpun bekerja..pegi tgok ...
Meiizu replied at 26-6-2020 12:17 PM
teringat kes viral yg bini post bagi guideline cara nak bagi laki makan pkl8 wpun bekerja..pegi tgok ...
imransulaiman: Kenapa ber"Cik Man"? Walaupun pun tak salah, tapi ianya mengingatkan aku kepada Cik Lan! {:hypnotize
Meiizu: teringat kes viral yg bini post bagi guideline cara nak bagi laki makan pkl8 wpun bekerja..pegi tgok fb aduhaiiiiii badan kering cam tak cukup khasia ...
imransulaiman: Kenapa ber"Cik Man"? Walaupun pun tak salah, tapi ianya mengingatkan aku kepada Cik Lan! {:hypnotize
prettyuglybabe replied at 26-6-2020 12:55 PM
basuh baju asing sana sini kalau masih tak asing sepender, tak guna..
kalau nak campur pun, pre was ...
anaktoyol replied at 26-6-2020 12:27 PM
time basuh baju... aku cuma asing 4 jenis basuhan.... pakaian solat, tuala/kain yg dijadikan kain la ...
ADVERTISEMENT