Lelaki warga emas dilaporkan merogol anak tirinya sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejak mangsa tamat sekolah dasar (SD) pada 2017. Menurut Detik News seperti dipetik AWANI, mangsa menjadi tempat melampias nafsu serakah suspek berusia 61 tahun itu selama dua tahun sehingga hamil.
Perbuatan jijik lelaki itu terbongkar selepas didesak ibu kandung mangsa berulang kali yang curiga dengan perubahan pada fizikal anaknya. Difahamkan, kejadian pertama berlaku pada awal pagi ketika ibunya sedang tidur dan mangsa diugut supaya tidak mendedahkan perbuatan jijik bapa tirinya itu kepada sesiapa. Ketua Polis Banyuwangi, Komisioner Arman Asmara Syarifudin yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menahan suspek sejurus menerima laporan dibuat mangsa. Suspek mengakui tertarik dengan bentuk tubuh anak tirinya menyebabkan dia melakukan persetubuhan dengan mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Malah, dia turut mengambil ubat penguat tenaga batin ketika bersetubuh dengan isterinya sebelum bersambung kepada mangsa. Bagi perbuatannya itu, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - CARI
|
Nes3in1 replied at 29-6-2020 12:34 AM
Bapak tiri brengseks.
Megikari replied at 29-6-2020 08:01 AM
Despicable!! Dah ngap mak sambung ngap anak tiri pulak??!!! Elok dipotong je ko$&# dia tu.
ADVERTISEMENT