"Ia merupakan cabaran besar, untuk saya dan kita perlu lihat secara serius. Bagi masa sikit, sebab kita di Sabah pun ada masalah." Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersyukur apabila cadangan untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan datang daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu bagaimanapun meminta diberi ruang waktu untuk mempertimbangkan dan meneliti sebelum memberikan jawapan muktamad. "Banyak pertimbangannya, nation building yang ada banyak pertimbangan, beri saya sedikit masa. "Saya sangat bersyukur ianya (cadangan) datang dari Tun Mahathir, cadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri, cadangan itu saya perlu teliti secara mendalam," katanya. Tun Mahathir sebelum ini menyatakan kesediaan menamakan Mohd Shafie sebagai calon PM ke-9 selepas gagal menemui kesepakatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - CARI
|
belon replied at 29-6-2020 02:17 PM
I like this guy.. Seorang yg ada pendirian.. Bukan lalang.. Dah bosan tengok muka yg Sama je. This i ...
ADVERTISEMENT