|
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk melaksanakan majlis perkahwinan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Perkara ini berkuat kuasa pada 1 Julai 2020 di mana majlis perkahwinan hanya boleh dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima jam dan terhad kepada 250 tetamu pada satu-satu masa. Walaupun perintah ini hanya bermula hari ini, sepasang pengantin baru meraih perhatian ramai apabila mereka sudah mengadakan majlis perkahwinan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia. Loading FB Post...
Majlis perkahwinan yang diadakan oleh pasangan ini dilakukan dengan cara pandu lalu sahaja oleh para tetamu yang berkunjung hadir! Dapat dilihat melalui gambar bahawa majlis ini tetap meriah dan masih mengekalkan SOP tanpa sebarang sentuhan dengan tetamu yang hadir. Yang pasti, konsep yang dibuat oleh suami isteri ini telah menjadi inspirasi buat bakal-bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. - CARI
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037947 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.