Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut mahu menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp.
Memetik Harian Metro, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Tertuduh lebih dikenali sebagai Iqbar Hakim didakwa menghantar kiriman WhatsApp berbaur ugutan berbunyi "Papa ingat deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako" terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43.
Kesalahan itu dilakukan jam 8.45 malam pada 15 Jun lalu di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang. Jika disabitkan kesalahan, Iqbar boleh berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. - CARI |
edoraixora replied at 1-7-2020 03:00 PM
sebab gapo pulok tu
Suchi replied at 1-7-2020 03:03 PM
Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk i ...
edoraixora replied at 1-7-2020 03:11 PM
amboiiii cepatnya carik pengganti...duda kaya berebutlah masuk line, muda pulak tu.
cuci kaki lah ...
Suchi: Edited by Suchi at 1-7-2020 03:09 PM Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk ig dahselamat ...
Atata replied at 1-7-2020 03:32 PM
Ore g pancung belako maksudnya apa?
husna_amal replied at 1-7-2020 03:41 PM
Budak lagi tu pemikiran tak matang. Itu pun sampai buat report bagai kena ugut.
ADVERTISEMENT